MALAYSIAN archers go into action in the Kuala Lumpur 2017 SEA Games on Wednesday (August 16) with the spotlight focused on Fatin Nurfatehah Mat Salleh in the women’s individual compound event at the National Sports Council Synthetic Turf Field in Bukit Jalil.

Fatin, who won the gold medal in Singapore two years ago, carries hopes of all Malaysians of delivering archery’s first gold.

The synthetic turf field has been well prepared by the National Archery Association of Malaysia (NAAM) to host 111 archers from eight nations who will be eyeing 10 gold medals contested.

Malaysian compound archers delivered four gold medals at the 2015 Singapore SEA Games while the men’s recurve team contributed one. Apart from Fatin, expectations are also high of the men’s recurve trio of Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin and Akmal Nor Hasrin defending their gold medal.

The trio won a bronze medal at the World Cup in Utah in June to boost hopes of defending the Games team gold medal.

The women’s recurve archers too have shown encouraging results after qualifying for the World Cup team semi-finals in Shanghai in May for the first time. The trio of Nur Aliya Ghapar, Nur Alisa Abdul Halil and Loke Shin Hui will attempt to improve on the team bronze medal won in 2015.

“We just came back from our training camp in South Korea last two weeks. So I do feel that there’s a difference to our performance as we have trained and sparred with one of the best club sides there,” said Khairul.

“During our visit, we had the opportunity of watching them compete with the national team and some of them beat the top sides so we did pick up a thing or two along the way.”

NAAM honorary secretary Dato’ Abdul Hamid Hassan said the venue is all set for the KL2017 Games. 

 “We’ve sorted out the screens for the spectators and the timers that have been tested in our Pre-SEA Games event,” said Abdul Hamid.

TUMPUAN TERHADAP FATIN UNTUK EMAS PERTAMA MEMANAH

Para pemanah skuad Malaysia akan memulakan cabaran pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 hari Rabu (16 Ogos) dengan tumpuan kepada Fatin Nurfatehah Mat Salleh dalam acara individu wanita compound di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil. 

Fatin, yang memenangi pingat emas di Singapura dua tahun lalu, memikul harapan rakyat Malaysia untuk meraih pingat emas pertama dalam sukan memanah.

Padang sintetik itu telah disediakan dengan baik oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) yang akan menyaksikan 111 pemanah daripada lapan negara mengambil bahagian untuk merebut 10 pingat emas.

Para pemanah compound Malaysia telah merangkul empat pingat emas pada Sukan SEA 2015 di Singapura manakala pasukan lelaki recurve menyumbang satu emas. Selain daripada Fatin, harapan juga terletak kepada trio lelaki recurve iaitu Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Akmal Nor Hasrin untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi.

Trio itu yang telah memenangi gangsa pada Piala Dunia di Utah pada bulan Jun mempunyai harapan cerah untuk mempertahankan pingat emas pada sukan kali ini.

Para pemanah wanita recurve juga telah menunjukkan keputusan yang menggalakkan selepas layak buat pertama kali ke peringkat separuh akhir berpasukan di Piala Dunia di Shanghai pada bulan Mei. Trio yang terdiri daripada Nur Aliya Ghapar, Nur Alisa Abdul Halil dan Loke Shin Hui akan berusaha untuk memperbaiki pingat gangsa yang dimenangi pada 2015.

“Kami baru sahaja pulang daripada kem latihan di Korea Selatan dua minggu lepas. Saya merasai terdapat perbezaan dalam prestasi kita kerana kita telah berlatih dengan salah sebuah kelab terbaik di sana,” kata Khairul.

“Semasa di sana, kita berpeluang menyaksikan mereka bersaing dengan pasukan nasional dan ada di antara mereka yang telah menewaskan pasukan terbaik. Jadi kita dapat mencungkil ilmu sedikit sebanyak.”

Setiausaha Kehormat NAAM Dato’ Abdul Hamid Hassan berkata venue bagi acara itu untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 telah siap sedia. 

“Kita telah menyelesaikan masalah skrin bagi penonton serta telah menguji timer semasa acara Pra Sukan SEA,” kata Abdul Hamid.

- Advertisement -