tmj

Oleh Ku Mohd Lufti

Susulan dakwaan pemilik kelab Johor Darul Takzim, (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan rasuah melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mengalu alukan Tunku Ismail untuk meyerahkan pemacu pena (Thumb Drive) seperti yang dinyatakan di laman sosial rasmi Johor Southern Tigers (JST).

Ini membolehkan SPRM untuk menjalankan siasatan andai dakwaan tersebut benar dan buktik bukti yang ada di dalam pemacu pena benar benar wujud.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, sekiranya terdapat maklumat yang mempunyai asas dibawah kesalahan Akta SPRM 2009, pihak SPRM bersedia mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukkan udang undang.

Semalam, Tunku Ismail menerusi kenyataannya dalam laman social rasmi Johor Southern Tigers (JST) mendedahkan beliau mempunyai maklumat beberapa individu dalam FAM yang terlibat dalam kegiatan rasuah.

Beliau dikatakan mempunyai pemacu pena (thumb drive) yang menyimpan aktiviti dalaman FAM, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia yang berlarutan sehingga 30 tahun.

- Advertisement -