Tottenham Hotspurs mahukan pemain kelahiran Korea Selatan, Son Heung-min untuk terus kekal bersama kelab itu selepas menawarkan kontrak baharu kepadanya.a
Prestasinya yang cemerlang meyakinkan pengurusan untuk menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding gaji semasanya, £150,000 seminggu.
Pemain berusia 28 tahun itu dilihat memberikan keuntungan kepada kelab. Selain prestasinya yang berjaya meledak lapan gol dalam tujuh pernampilan, Heung-min juga menjadi ikon paling popular di rantau Asia Tenggara sekaligus mampu memberi keuntungan dalam nilai komersial.
Kontrak Heung-min dijangka tamat penghujung musim ini dan Pengerusi Spurs, Daniel Levy tidak mahu melepaskan pemain itu kepada kelab kelab lain.
Selain Heung-min, beberapa pemain lagi akan ditawarkan kontrak baharu antaranya Serge Aurier dan Erik Lamela.
Kontrak kedua dua pemain ini akan tamat pada penghujung musim depan namun Spurs berhasrat untuk mengekalkan mereka dibawah kendalian Jose Mourinho.