Saingan bolasepak Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia 100PLUS 2019 minggu kedua menyaksikan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) B13 merampas kedudukan pendahulu saingan Liga Perdana selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas SMK Ibrahim Fikri di Terengganu.
Muhd Ashraaf Suffian muncul wira SSTMI B13 apabila meledak gol kemenangan minit 30 selepas Haziq Syakir Hairul Sahlie (minit 18)menyamakan kedudukan susulan gol pembukaan pelawat oleh Adam Danial Abd Razak (minit 14).
Sementara Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B turun ke tangga kedua selepas terikat tanpa jaringan dengan SMK Syed Hassan.
Di Selangor, SMK Seksyen 11 meraih tiga mata pertama dalam aksi sulung selepas menundukkan SMK Anderson 4-2 di laman sendiri.
Meskipun mendahului 3-0 menerusi gol oleh Muhd Adib Adhwa M Fairuz (min 15) dan Muhd Aisy Mazlan (min30) dan Salmanurfarisi Munawar (min 48), pelawat bangkit merapatkan jurang menerusi J Tamotehran (min 55) dan Ammar Haikal M Faizal (min 60).
Namun, skuad kendalian Lafizul Nizam Abd Latif memastikan tiga mata milik SMK Seksyen 11 selepas Muhd Sufian Azim menutup sisa perjuangan pelawat dengan gol keempat di minit 63.
“Moral pemain pemain agak turun selepas kita terlepas penalti dan lawan melakukan serang balas. Tetapi kesilapan pertahanan lawan memberi ruang kepada kami untuk bangkit dan menjaringkan gol.
“Ada pemain pemain berusia 13 tahun baru merasai pengalaman bermain di liga ini, justeru masih ada beberapa perkara yang perlu kami lihat sebelum perlawanan seterusnya,”kata Nizam.
SMK Sekysen 11 berkongsi tiga mata dengan SMK Tun Hussein Onn, SMK Putera dan MSS Putrajaya yang turut melakar kemenangan dalam aksi sulung Liga Perdana.
Sementara itu, saingan Liga Super menyaksikan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) A membenam SMK Seri Titiwangsa 4-0 mengekalkan kedudukan selaku pendahulu selepas mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam dua perlawanan.
Dua jaringan Muhd Amirul Mukminin Mazlan membantu SMK Seberang Temerloh melakar kemenangan 4-1 ke atas SMK Gunung Rapat sementara dua go lMuhd Adam Zarizal di babak pertama memastikan SMK Mutiara Impian meraih tiga mata susulan kemenangan tipis 2-1 ke atas SMK Presint 14 (1).
SMK Seberang Temerloh dan SMK Mutiara Impian masing masing berkongsi tiga mata untuk mengekori rapat pendahulu.
Saingan Liga Piala Remaja KPM-FAM Bawah 17 pula menyaksikan SMK Seberang Temeroh mengekalkan rekod tanpa kalah selepas dua perlawanan untuk menungguli Liga Super.
Kemenangan 4-0 ke atas SMK Gunung Rapat memastikan enam mata berjaya dikumpul, tiga mata didepan empat pasukan, SSMP B15 A, SMK Presint 14 (1), SMK Seri Titiwangsa dan SMK Meru yang meraih kemenangan dalam aksi sulung mereka.
Manakala SMK Victoria pula mengungguli saingan Liga Perdana dengan enam mata penuh selepasdua perlawanan,dua mata didepan empat pasukan yang meraih satu kemenangan dan satu seri selepas beraksi dua perlawanan.
Keputusan perlawanan – Liga Super
SMK Presint 14 (1) 1
SMK Mutiara Impian 2
SSMP A 4
SMK Seri Titiwangsa 0
SSMP B13 A 2
SMK Tunku Anum 2
SMK Seberang Temerloh 4
SMK Gunung Rapat 1
Keputusan – Liga Perdana
SMK Ibrahim Fikri 1
SSTMI B13 2
SMK Kem Terendak 0
MSS Putrajaya 1
SMK Seksyen 11 4
SMK Anderson 2
SSMP B13 B 2
SMK Seri Kota 2
SMK Syed Hassan 0
SSMP B14 B 0
MSS Labuan 1
SMK Tmn Bukit Indah 1