KONTINJEN negara bersedia menyaingi Thailand dan memecah dominasi gergasi sukan P?ara Asia Tenggara itu apabila menyenaraikan jumlah atlet paling ramai bagi menghadapi cabaran Sukan Para ASEAN ke-9 di Kuala Lumpur dari 17-23 September ini.

Malaysia menyenaraikan seramai 372 atlet bagi kesemua 16 sukan yang dipertandingkan nanti.

Jumlah itu jauh melebihi kontinjen Thailand yang menyenaraikan 272 atlet bagi penyertaan dalam 15 sukan, menjadikannya kontinjen kedua terbesar pada temasya dwi-tahunan itu.  

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017, Dato’ Seri Zolkples Embong berkata demikian selepas menilai maklumat berdasarkan pengesahan penyertaan menerusi jumlah (entry by numbers) daripada 10 negara.

Vietnam bagaimanapun belum mengesahkan jumlah atlet setelah memohon kepada MASOC untuk menunda tarikh pengesahan penyertaan mengikut jumlah kepada Isnin (10 April) ini.

Thailand dalam misi mempertahan kejuaraan 2015 selain memburu gelaran juara keseluruhan buat kali ketujuh di Kuala Lumpur 2017 September ini. Malaysia muncul juara pada edisi pertama 2001 manakala Indonesia juara pada 2014 di Naypyidaw.

“Kecuali acara berbasikal, Thailand akan menyertai  15 sukan yang dipertandingkan nanti,” kata Dato’ Seri Zolkples.

“Brunei dan Timor Leste menghantar kontinjen paling kecil, masing-masing dengan 31 dan 36 atlet manakala Vietnam memohon untuk menghantar senarai bilangan atletnya pada 10 April ini,” kata Datuk Seri Zolkples.

Saingan 2017 (16 sukan) bakal menyaksikan jumlah penyertaan tertinggi dengan 1,449 atlet berbanding jumlah 1,257 atlet yang bersaing di Singapura 2015 (15 sukan).

Senarai pendaftaran mengikut nama (EBN) akan dibuka kepada Jawatankuasa Paralimpik negara (NPC) masing-masing pada 15 April manakala tarikh tutup ialah pada 12 Julai ini. 

Pada 2015, Malaysia menghantar seramai 209 atlet sebagai kontinjen kedua terbesar selepas Thailand yang menyenaraikan 267 atlet. Thailand muncul juara keseluruhan dengan kutipan 95 emas diikuti Indonesia 81 emas dan Malaysia dengan 52 emas.

 9th ASEAN PARA GAMES: MALAYSIA TO FIELD LARGEST CONTINGENT

MALAYSIA is all fired up to give Thailand a run for their money by fielding its largest contingent as they seek to break the region’s Para powerhouse domination in the upcoming 9th ASEAN Para Games in Kuala Lumpur this September.

?The host nation has listed a total number of 372 athletes who will be competing in all 16 sports in the biennial Games from 17-23 September.

The number far exceeds the total number of Thai contingent with 272 athletes in 15 sports, the second biggest contingent in the Games.

Malaysia Organising Committee (MASOC) Kuala Lumpur 2017 Secretariat Chief Executive Officer Dato Seri Zolkples Embong said the numbers were based on the official entry by numbers received from 10 participating countries.

All, except Vietnam, have made known the number of their athletes. Vietnam has requested for an extension in the closing date from last month to next Monday (10) April.

Thailand is seeking their seventh overall crown in Kuala Lumpur 2017 this September. Malaysia and Indonesia were champions in 2001 and 2014 respectively.

“Six-time overall champion Thailand will not be competing in cycling for the Kuala Lumpur Games,” said Dato Seri Zolkples.

As in previous editions, athletics formed the highest number of participation by sports with 272 athletes, while swimming ranked second with 171 athletes.

“Brunei and Timor Leste are sending their smallest contingents of 31 and 36 athletes respectively,” said Dato’ Seri Zolkples.

The 2017 Games will see the biggest ever participation in terms of numbers with 1,449 athletes in 16 sports as compared to 1,257 athletes (15 sports) in Singapore two years ago.

Entry by names (EBN) will be opened to all National Paralympic Committees (NPCs) on 15 April with the closing date set on July 12.  

In 2015, Malaysia sent a total of 209 athletes to Singapore while Thailand formed the largest contingent with 267 athletes. Thailand emerged champions with 95 gold medals, followed by Indonesia (81) and Malaysia (52 gold).

- Advertisement -