ASEAN-Unity-Run

Sukan bukan sahaja menyatukan semua kaum berbilang bangsa, malah ia juga merupakan platform untuk perpaduan dan memupuk semangat cintakan keamanan.

Justeru pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Aman Malaysia menganjurkan acara ASEAN Unity Run And Ride yang akan diadakan pada 6 November di Putrajaya.
Acara itu merupakan peganjuran kali kedua selepas diadakan pada 8 Ogos 2015 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lebih 10 000 penyertaan diterima melibatkan peserta dari 20 negara yang terdiri daripada wakil dari negara negara ASEAN .
Menariknya penganjuran edisi kedua Unity Run And Ride, selain dua acara asal, iaitu 5 Kilometer dan 10 kilometer, pihak penganjur memperkenalkan satu kategori kompetitif iaitu berbasikal sejauh 35 Kilometer.
Objektif acara ii diadakan untuk meningkatkan kesedaran awam, khususnya para ibu bapa tentang kepentingan vaksin kepada bayi dan kanak kanak.
Majlis pelancaran ASEAN Unity Run And Ride disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sambil disaksikan Presiden Aman Malaysia, Datuk HAzali Abu Hassan.
- Advertisement -