20160511 - Pasukan Uber & Piala Thomas Badminton Malaysia-013

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi tidak mahu memikirkan pencapaian dua tahun lalu apabila berjaya melakar kemenangan dalam kesemua perlawanan peringkat kumpulan di Kejohanan Badminton Piala Uber.

Namun, untuk edisiĀ  2016, Tee Jing Yi tidak menjangkakan mampu untuk mengekalkan pencapaian itu susulan bakal berdepan jaguh terbaik dunia.

Tee Jing Yi dijangka berdepan pemain nombor satu dunia, Carolina Marin dan jaguh tuan rumah, Li Xuerui.

Skuad Piala Uber wanita negara diundi dalam Kumpulan A bersama sama tuan rumah, China, Denmark dan Sepanyol.

ā€œPersiapan kali ini sangat rapi kerana kami dikerah selama lebih seminggu melalui kem latihan pusat dan saya sudah bersedia untuk berjuang dan memberikan yang terbaik.ā€ Kata Tee Jing Yi.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu member bayangan andai mahu mara ke suku akhir, Malaysia perlu menang ke atas Sepanyol dan Denmark.

ā€œPerlawanan menentang Denmark, peluang kami adalah 50-50 dan aksi dengan Sepanyol, mereka pastinya mengharapkan kelibat Carolina sahaja. Saingan dengan China, sememangnya sukar.ā€ Katanya lagi.

Skuad Piala Uber negara akan memulakan kempen peringkat kumpulan berdepan tuan rumah, China, pada 15 Mei diikuti Denmark dua hari berikutnya.

Selain Jing Yi, turut berada dalam senarai pemain Malaysia di saingan Piala Uber bagi perseorangan adalah Goh Jin Wei, Ho Yen Mei, Sonia Cheah Su Ya.

Manakala Vivian Hoo Kah Mun, Woon Khe Wei, Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean , Amelia Alicia AnscellyĀ  dan kapten, Goh Liu Ying akan beraksi untuk acara bergu.

- Advertisement -