Man Wei Chong-Tee Kai Wun

Kejayaan yang diraih Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pada Terbuka Taiwan 2023 baru-baru ini menyaksikan pasangan beregu campuran itu naik ke tangga ke-15 dunia selepas mengumpul 54,888 mata, dalam ranking terkini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Mereka berada di kedudukan ke-19 sebelum ini.

Pasangan profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie berada di tempat ke-7 dunia (dengan 62,984 mata) ketika Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China terus mendominasi kedudukan dengan 116,906 mata.

Sebaliknya, kejayaan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun apabila berjaya mempertahankan mahkota Terbuka Taiwan tidak dapat melihat mereka meningkatkan ranking.

Dengan 43,160 mata, Wei Chong-Kai Wun kekal di tangga ke-23.

Lee Zii Jia

Dalam pada itu, Lee Zii Jia jatuh ke tangga ke-14 dunia dengan 54,476 mata – jauh daripada juara dunia Viktor Axelsen dari Denmark dengan 103,005 mata.

Bekas juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei juga goyah apabila disingkirkan daripada 30 ranking perseorangan wanita terbaik dunia.

Jin Wei jatuh empat anak tangga ke tempat ke-34 (34,683 mata) – jauh daripada pemain perseorangan wanita terbaik semasa Akane Yamaguchi dari Jepun dengan 103,717 mata.

- Advertisement -