29th SEA Games KL2015 Silat Acara Seni Ganda Lelaki - Rosli Mohd Sharif(kiri) & Mohd Taqiyuddin Hamid
29th SEA Games KL2015 Silat Acara Seni Ganda Lelaki – Rosli Mohd Sharif(kiri) & Mohd Taqiyuddin Hamid

HARI pertama pertandingan silat Sukan SEA kuala Lumpur 2017 menyaksikan pesilat ?negara ? meraih pingat emas acara seni ganda lelaki di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ?pada? Khamis (24 ogos).

Pasangan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif mempamerkan gerakan dan aksi cemerlang untuk mencatat 582 mata keseluruhan, sekali gus mengetepikan cabaran gandingan Indonesia, Hendy dan Yolla Primadona Jumpil (554 mata) yang meraih? pingat perak.

Gandingan Singapura Muhd Haziq Zainal Abidin dan Nujaid Hasif Zainal Abidin mengumpul 544 mata keseluruhan dan mendapat gangsa.

“Kami telah menebus kehampaan. Di Kejohanan Silat Dunia di Bali, kami menduduki tempat kedua di belakang Indonesia dan pada Sukan SEA 2015, kami di tempat keempat,” kata Taqiyuddin.

Rosli pula berkata kemenangan ini mereka tujukan khas kepada dunia persilatan Malaysia.

29th SEA Games KL2015 Silat Acara Seni Ganda Lelaki - Mohd Taqiyuddin Hamid
29th SEA Games KL2015 Silat Acara Seni Ganda Lelaki – Mohd Taqiyuddin Hamid

Sebanyak 20 pingat emas ?menjadi rebutan dalam arena pencak silat pada ?saingan KL2017.

 

- Advertisement -