VN.THAI.247.1

Oleh Ku Mohd Lufti

Bermain dalam cuaca yang panas ternyata bukan mudah untuk dua pasukan, Thailand dan Vietnam dalam aksi pembukaan Piala Negara Negara di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Turun dengan status pasukan pilihan, Thailand menepati ramalan mara ke final selepas menundukkan Vietnam 2-0.

Hanya satu gol berjaya dihasilkan skuad kendalian Worrawot Srimaka di babak pertama perlawanan, menerusi Nattawut Sombatyotha diminit ke enam selepas bijak menyudahkan hantaran Chaiyawat Buran.

Skuad gajah putih berpeluang untuk menambah jaringan, namun penyudah yang tumpul di depan gawang nyata mengecewakan Worrawot.

Thailand mengesahkan kemenangan apabila pemain gantian, Pravee Tantataemee menanduk masuk sepakan percuma Chaowat Veerachat di minit ke 72.

Kealpaan hampoir menghukum Thailand apabila Vietnam berjaya mencetak gol di penghujung perlawanan namun dibatalkan pengadil kerana Phan Than Hau berada dikedudukan Ofsaid.

“Saya tidak berpuashati kerana pemain tidak memberikan persembahan seperti yang diharapkan.

“Pemain pemain masih belum menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan padang di sini, dan agak kepenatan kerana tidak banyak melakukan pertukaran, tetapi saya yakin mereka akan bermain dengan baik di final nanti,” kata pengurus pasukan Watanya Wongopasi.

Thailand akan menanti satu lagi finalis sama ada Malaysia atau Singapura.

- Advertisement -