Impian penyokong Liverpool untuk menyaksikan penampilan pemain tengah Thiago Alcantara beraksi terbantut selepas beliau disahkan positif jangkitan Covid 19.

Pemain berusia 29 tahun itu dibawa ke Anfield secara tetap dari kelab Jerman, Bayern Munich membuat penampilan sulung bersama The Kops ketika dimasukkan sebagai pemain gantian dimana Liverpool menang 2-0 ke atas Chelsea.

Kenyataan rasmi kelab mengesahkan Alcantara sedang menjalani proses kuarantin dan mempunyai gejala Covid 19 namun berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih.

Pihak kelab akan terus memantau perkembangan semasa pemain itu dan memastikan segala prosedur operasi standard Covid 19 dipatuhi sepenuhnya.

Penganjur Liga Perdana Inggeris mengumumkan pada Isnin, 10 individu positif Covid 19 selepas ujian saringan dilakukan sejak musim baharu bermula.

Liverpool dijadual menentang Arsenal bagi saingan Piala EFL pada Khamis sebelum bertandang ke gelanggang lawan menentang Aston Villa pada Ahad.

EPL akan berehat seketika untuk memberi ruang kepada pemain melaporkan diri ke skuad kebangsaan sebelum disambung semula pada 17 Oktober.

 

 

 

- Advertisement -