THT, KLHC

Oleh Muhammad Aiman

Juara berganda Liga Hoki Malaysia sejak dua musim lalu, Pasukan Hoki Terengganu (THT) akan turun dengan membawa misi membalas dendam terhadap Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) setelah kedua-dua pasukan dipertemukan di peringkat suku akhir peringkat kalah mati merebut Trofi Tan Sri P.Alagendra pada 30 Ogos depan.

THT pada Jumaat lalu, tewas 1-2 kepada KLHC di Stadium Hoki Batu Buruk dalam aksi Piala Sumbangsih yang juga perlawanan pembuka tirai musim baru TNB-MHL dan pengendalinya Sarjit Singh berkata mereka sudah bersedia melayani kunjungan KLHC sekali lagi. 

“Kami akan bangkit menebus kecewa tempoh hari pada perlawanan ini, kami tidak mahu tewas kepada pasukan sama dua kali di tempat sendiri. Kami ada kelebihan bermain di tempat sendiri, pemain-pemain juga lebih serasi kali ini dan saya yakin mereka akan tampil dengan permainan bertenaga,” kata bekas jurulatih kebangsaan itu.

Manakala pengurus KLHC, Ahmad Anuar Sham Kamal pula tidak mahu mendabik dada dengan kemenangan sebelum ini dan sebaliknya secara merendah diri berpendapat THT memiliki kelebihan.

“Ia pastinya satu situasi yang berbeza bermain dalam perlawanan liga dan peringkat kalah mati, saya yakin mereka akan bangkit dan berada pada pretasi terbaik untuk tewaskan kita. Menentang Terengganu di gelanggan mereka memang bukan satu perlawanan mudah, saya jangkakan satu perlawanan yang sengit walaupun kita akan pergi ke sana sebagai underdog,” ujar Anuar.

Untuk makluman, kedua-dua pasukan mendapat bye di pusingan pertama.

Semnetara itu, satu lagi perlawanan yang akan menyaksikan pertembungan sesama sendiri dua pasukan Liga Perdana adalah antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

UniKL mara setelah menewaskan Maybank 1-0 di pusingan pertama manakala TNB pula melangkah setelah cemerlang membelasah Uitm-KPT 11-0. 

Perlawanan lain menyaksikan Sapura berdepan laluan mudah untuk menempah tiket ke separuh akhir setelah diundi bertemu pasukan Divisyen Satu, ATM Airod manakala Politeknik Malaysia akan berdepan cabaran pasukan berpangkalan di Johor, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.     

- Advertisement -