china.masters

Oleh Ku Mohd Lufti

Wakil tunggal Malaysia yang beraksi di kejohanan Badminton Masters China, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal meneruskan kemaraan selepas tewas di peringkat separuh akhir.

Bergu campuran Malaysia ini tewas kepada pasangan tuan rumah, Xu Chen-Majin, sekaligus gagal mengulangi pencapaian ketika menundukkan lawan yang sama di Terbuka Malaysia.

Bergu campuran tuan rumah yang diletak selaku pilihan keenam beraksi selama 36 minit untuk mengesahkan kemenangan straight set 21-11, 21-11 sekaligus melangkah ke final.

Xu Chen-Ma Jin akan berdepan satu lagi pasangan tuan rumah, Zheng Siwei-Cheng Qichen untuk penentuan juara.

- Advertisement -