Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan tiga calon bakal bertanding bagi merebut kerusi utama badan induk itu di Kongres FAM ke 54 yang dijadual berlangsung pada 14 Julai depan.

Dato’ Hamidin Mohd Amin yang dicalonkan oleh bekas Presiden FAM, Tengku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini bakal berdepan saingan tiga penjuru selepas Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dicalonkan untuk bertanding bagi jawatan utama badan induk bolasepak negara itu.

Menerusi kenyataan media, tempoh pencalonan dibuka pada 2 April dan berakhir pada jam 5 petang hari ini, FAM menerima tiga pencalonan daripada ahli ahli gabungan yang mengembalikan kertas pencalonan masing masing.

Kerusi panas FAM selaku peneraju utama dikosongkan susulan perletakkan jawatan Tunku Ismail dan diterima oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM pada Mesyuarat Khas Pertama bagi Penggal 2017-2021.

Datuk Seri Azim dicalonkan oleh Persatuan Bolasepak Pahang bagi pencalonan presiden FAM manakala Tan Sri Annuar Musa dicalonkan oleh Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

- Advertisement -