CIMB Classic logoOleh Ku Mohd Lufti

Tiga pemain termsuk juara bertahan, Justin Thomas berkongsi kedudukan selaku pendahulu selepas tamat hari pertama kejohanan Golf CIMB Classic di Kelab Golf  TPC, Bukit Kiara semalam.

Selain Thomas, turut sama berkongsi kedudukan adalah 21 dan Keegan Bradley yang berkongsi catatan 64 pukulan 8 dibawah par selepas bermain 18 lubang.

“Pukulan saya cukup sempurna hari ini (semalam), bola sentiasa di fairway dan green. Tiada catatan bogey, lapan birdie berjaya dilakar, hari yang cukup baik untuk saya,” kata Derek.

Thomas pula mengakui cuaca panas sedikit menjejaskan fokusnya sehingga melakar bogey dilubang keenam meskipun cemerlang dengan 9 birdie sepanjang hari.

“Hari yang baik, begitu juga dengan permainan saya kerana berjaya melakukan 8 dibawah par. Saya berjaya memanfaatkan di tiga lubang par 5 awal, tetapi hambar di lubang pertama.

“Cuaca disini hampir sama dengan keadaan di Florida. Tempat kelahiran saya di Louisville juga mempunyai cuaca yang panas ketika musim panas. Ketika suhu mencecah indeks 95 , 100, kami bermandi peluh dan saya perlu mengawal tenaga agar tidak hilang fokus.” kata Justin Thomas.

Mengekori kelompok pendahulu adalah pemain kelahiran England, Paul Casey yang hanya dibezakan dengan satu pukulan.

Manakala wakil Asia, Anibal Lahiri turut sama mengekori rapat apabila menutup hari pertama dengan 66 pukulan 6 dibawah par.

Kejohanan CIMB Classic adalah sebahagian daripada Piala FedEX dalam siri Jelajah PGA di Asia Tenggara dan diiktiraf bersama oleh Jelajah Asia dan Persatuan Pemain-Pemain Golf Profesional Malaysia (PGAM).

- Advertisement -