Johor Darul Takzim menerima durian runtuh berjumlah RM 500 000 susulan kejayaan mereka menjulang trofi  selaku Juara Piala Malaysia 2019 daripada kerajaan Negeri Johor.

Menerusi kenyataan media oleh Menteri Besar, Dato’ Dr Sahruddin Jamal pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang juga Pemangku Raja mengurniakan kembali insentif tersebut.

Tunku Ismail mahu insientif tersebut dimanfaatkan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi menampung kos pembelian bot pengutip sampah di sungai sungai di negeri itu.

Selain pembersihan sungai di negeri Johor, insentif tersebut juga diharap dimanfaatkan untuk melestarikan alam sekitar sekaligus mengatasi masalah pencemaran yang berlaku

 

 

JDT dinobat selaku Juara Piala Malaysia 2019 selepas melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Juara Piala FA, Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil awal November lalu.

 

 

- Advertisement -