Penantian industri sukan tanah air menampakkan sinar hari ini apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan tiga pertandingan sukan bermula 15 Februari depan.

RAKAMAN SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara telah meneliti pembentangan oleh Menteri Belia dan Sukan (KBS) dan bersetuju untuk meluluskan sesi latihan melibatkan pasukan hoki TNB Liga Hoki Malaysia (MHL), Liga Bolasepak Malaysia (MFL) iaitu Liga Malaysia dan Liga Sepaktakraw.

“Kerajaan juga mendengar pembentangan Menteri Belia dan Sukan (KBS) berkenaan permohonan kebenaran menjalankan program latihan berpusat (quarantine based training) bagi pasukan pasukan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Liga Hoki Malaysia dan Liga Sepak Takraw.

“Selepas membuat penilaian risiko dengan berbagai bagai agensi, kerajaan bersetuju untuk membenarkan program latihan berpusat bagi pasukan pasukan dalam Liga Bolasepak Malaysia, Liga Hoki Malaysia dan Liga Sepaktakraw yang akan berkuat kuasa pada hari Isnin 15 Februari.

“Tempat latihan dan pergerakan atlet adalah terkawal mengikut modul gelembung sukan atau sports buble, penginapan atlet dan pemain juga perlu mengiut SOP kem kuarantin dan home kuarantin yang tekah ditetapkan,”Kata Datuk Seri Ismail.

Tambah Datuk Seri Ismail lagi, MKN masih meneliti cadangan untuk membuka beberapa aktiviti sukan lain khususnya yang bersifat individu serta tanpa sentuhan dan bagi tujuan kecergasan fizikal dan meningkatkan taraf kesihatan diri.

Penelitian akhir sedang dibuat dan MKN akan mengumumkan keputusan tersebut dalam waktu yang terdekat.

- Advertisement -