TNB merampas kedudukan pendahulu liga dari Maybank selepas mudah mengatasi TNB Thunderbolts 5-1 pada saingan TNB LIga Hoki Malaysia (Premier) 2022 di Stadium Hoki Nasional hari ini.

Pesaing terdekat THT pula terus gah melangkah mengekalkan rekod tanpa kalah selepas lima perlawanan apabila membenam Nurinsafi Sporting 7-2 untuk mengekori rapat TNB di kedudukan kedua.

Selepas lima perlawanan setakat ini, saingan nyata terbuka dengan empat pasukan teratas masing-masing dibezakan dengan hanya satu mata dengan. Maybank, yang tidak turun beraksi, tergelincir dari singgahsana ke kedudukan ketiga dengan 10 mata diikuti pencabar terdekat UiTM HA, juga 10 mata.

Dalam pada itu, TNB nyata tidak memberi ruang buat TNB Thunderbolts untuk memang 5-1. Penjaring utama Azrai Aizad Abu Kamal membuka jaringan pada minit ke-14, yang merupakan gol peribadi keenam beliau dalam liga setakat ini.

Begitu juga, Shahril Saabah terus mengekalkan rentak jaringan apabila menggegar gawang TNB Thunderbolts pada minit ke-59 untuk mengumpul jaringan peribadi kelimanya.

Syed Mohamad Syafiq Cholan pula berjaya menembusi gawang lawan dua kali – minit ke-45 dan minit ke-59 untuk membantu kemenangan selesa TNB.

TNB dijangka tidak berdepan masalah untuk mengutip mata penuh apabila berdepan Nurinsafi Sporting Rabu ini untuk terus mengukuhkan kedudukan.

Sementara itu, penyerang kebangsaan Faizal Saari terus meledak dan mendahului senarai penjaring terbanyak setakat ini dengan 7 gol, apabila membantu THT menumpakan Nurinsafi Sporting.

Pemain berpengalaman Ismail Abu pula menemui sasaran dua kali pada minit ke-42 dan 59 manakala Muhammad sufi Ismat (minit ke7) Muhammad Marhan Jalil, Muhammad Arif Syafie Ishak dan Syarman Mat Tee masing-masing menjarigkan satu gol.

Dalam pada itu, UiTM HA juga terus menekan tiga pencabar pilihan utama dengan memastikan tiga mata penuh milik mereka selepas menumpaskan National Development Team 4-1.

Keputusan itu meletakkan UiTM HA di kedudukan ke-4 untuk terus memberi tekanan pada tiga pasukan teratas liga.

- Advertisement -