Bergu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan slot ke peringkat suku akhir saingan bergu lelaki selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan D ditangga kedua.

Aksi terakhir peringkat kumpulan hari ini, Aaron-Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk menundukkan gandingan dari Kanada Jason Ho-Nyl Yakura dengan kemenangan straight set.

“Lega apabila dapat ke peringkat suku akhir kerana kami tertekan sedikit dan lakukan unforce error tapi boleh kawal balik selepas itu,”kata Wooi Yik ketika ditemuramah Astro Arena.

Bergu negara perlu menang untuk mengesahkan slot ke peringkat suku akhir selepas tewas kepada bergu berpengalaman dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan semalam sekaligus menghuni tangga teratas kumpulan D.

Diawal set pertama, perlawanan berlangsung sengit dimana kedua dua bergu tampak beraksi berhati hati untuk membaca cara permainan diantara satu sama lain.

Aaron dan Wooi Yik pula tampak sedikit tertekan diawal apabila banyak melakukan kesilapan mudah namun semakin tenang selepas rehat di set pertama.

Kawalan gelanggang dengan teliti selain mencari peluang peluang terbaik untuk memerangkap Jason dan Yakura sekaligus menutup saingan dengan kemenangan straight set 21-15, 21-13 dalam masa 33 minit.

Undian suku akhir dijalankan selapas tamat perlawanan akhir peringkat kumpulan 

- Advertisement -