Jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhd Shah Firdaus Sahrom gagal untuk meneruskan saingan di dalam acara Pecut Lelaki Individu selepas terkandas di pusingan 1/8 hari ini

Aksi pusingan 1/8 yang berlangsung disebelah petang di Velodrom Izu, Datuk Azizul gagal menyaingi kayuhan pelumba dari Belanda Jeffery Hoogland ketika saringan pertama sementara Shah Firdaus juga kecundang ditangan satu lagi pelumba Belanda, Harrie Lavreysen sekaligus terpaksa beraksi di pusingan repechages.

Impian kedua dua pelumba negara untuk mengisi slot ke peringkat suku akhir tidak kesampaian apabila tewas dalam pusingan repechages.

Datuk Jijoe sekadar dikedudukan kedua repechage saringan pertama dibelakang pemenang Jason Kenny sementara Muhd Shah Firdaus yang beraksi di saringan kedua sekadar dikedudukan ketiga dibelakang Sam Webster (New Zealand) dan juara Sebastien Vigier dari Perancis yang mengesahkan slot ke peringkat suku akhir.

Kedua dua pelumba trek negara akan beraksi dalam acara Keirin yang dijadual berlangsung pada 7 Ogos depan.

- Advertisement -