Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad dilandasan terbaik untuk memburu pingat selepas mengesahkan slot ke suku akhir acara memanah individu.

Di pusingan pertama, Khairul berdepan pemanah dari Finland nyata mendapat ‘tuah’ apabila ketinggalan 3-5 selepas set keempat selepas hanya mampu untuk membidik 10 mata sebanyak mungkin berbanding Antti Vikstrom.

Di set kelima, bow Vikstrom retak, memaksanya untuk bergegas untuk mengambil bow kedua, namun gagal untuk melepaskan panahan dalam masa yang ditetapkan.

Khairul terus tenang tidak menghiraukan malang yang menimpa pesaingnya dan kekal fokus untuk memastikan 2 mata diraih di set kelima sekaligus mengikat kedudukan 5 sama untuk beraksi di pusingan shoot off bagi menentukan pemenang.

Khairul meraih 10 mata sementara Antti Vikstrom sekadar mencatat 9 mata untuk memastikan Malaysia mara ke pusingan kedua dengan kemenangan 6-5.

Berdepan pemanah dari China, Wang Dapeng, Khairul bermula dengan perlahan apabila ketinggalan 1-3 selepas dua pusingan namun bangkit dengan panahan yang lebih konsisten untuk mendahului 5-3 selepas empat pusingan.

Di set kelima, China kembali menyamakan kedudukan 5 sama selepas mengutip 26 mata, mengatasi Khairul dengan kelebihan satu mata sekaligus mengheret saingan ke shoot off.

Khairul sekali lagi tenang dan keadaan angin tampak memihaknya apabila mencatat 10 mata sementara Dapeng kecewa apabila hanya mampu meraih 9 mata.

Keputusan ini sekaligus memastikan Khairul Anuar Mohamad mara kem peringkat lapan terbaik yang akan berlangsung pada 31 Julai 

Keputusan yang tercapai pada hari ini sekaligus menyamai rekod yang pernah dilakukannya ketika di London 2012.

- Advertisement -