Pemain Amerika Syarikat, Xander Schauffele mengekalkan kedudukan selaku pendahulu selepas tamat tiga pusingan acara golf lelaki yang berlangsung di Kelab Golf Kasumigaseki hari ini.

Hari ketiga bagaimanapun berlangsung sedikit lewat selepas 16 pemain perlu menghabiskan baki saingan pusingan kedua yang ditunda susulan cuaca buruk semalam.

Permainan Schauffele bagaimana pun sedikit hambar hari ini apabila di bayangi dengan dua bogey di lubang 7 dan 16 meskipun cemerlang dengan 5 birdie sepanjang hari.

Pemain berusia 27 tahun ini menutup hari ketiga dengan 68 pukulan 3 dibawah par untuk mengumpul 14 di bawah par keseluruhan sekaligus kekal di tangga teratas.

Mengekori rapat, pemain tuan rumah, Hideki Matsuyama yang hanya dibezakan dengan 1 pukulan dibelakang pendahulu.

Kesilapan dilubang pertama dengan catatan bogey nyata menghampakan Matsuyama namun masih mampu untuk gembira selepas membenam lima birdie pada hari ini untuk mengumpul 67 pukulan 4 dibawah par.

Dua pemain, Paul Casey dari Great Britain dan Carlos Ortiz dari Mexico berkongsi kedudukan di tangga ketiga dengan catatan terkumpul, 201 pukulan 12 dibawah par.

Pemain negara Gavin Kyle Green menamatkan aksi pusingan ketiga, berkongsi kedudukan ke 58 dengan pemaon dari Puerto Rico, Rafael Campos dengan catatan terkumpul 3 di atas par.

- Advertisement -