Penganjuran temasya sukan Olimpik 2020 yahg akan bermula secara rasmi pada 23 Julai depan akan berlangsung dalam suasana yang sepi.

Ini kerana kerajaan Jepun akan melaksanakan perintah darurat susulan peningkatan kes jangkitan baharu Covid 19 terutama varian Delta yang merebak dengan pantas.

Ini bermakna penganjuran temasya Olimpik Tokyo 2020 buat pertama kali dalam sejarah penganjuran temasya terbesar dunia itu akan berlangsung secara tertutup sepenuhnya tanpa kehadiran penonton.

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga menjelaskan perintah berkurung ini akan dilaksanakan sehingga 22 Ogos dan tempoh ini mungkin akan dipendekkan, bergantung kepada keberkesanan vaksin dan kekosongan katil di hospital.

Penganjur Tokyo 2020 sebelum ini memutuskan kapasiti 50 peratus kemasukan penonton ke venue venue tertentu dengan pematuhan SOP tertentu.

Status penganjur Tokyo 2020 akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan tempatan dan antarabangsa untuk menentukan hala tuju prosedur penganjuran sukan Olimpik dan Paralimpik hari ini.

Jepun telah mencatat kes kematian 14 900 dan ia ditambah dengan sistem pengurusan vaksinasi yang masih ditahap yang lemah dimana hanya 15% sahaja penduduk Jepun yang telah menerima vaksin yang lengkap.

Dalam pada itu, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach dijadual tiba di Tokyo pada petang Khamis dan akan menjalani kuarantin selama tiga hari dan tidak dibenarkan bergerak secara bebas.

Tokyo ketika ini sedang mula menerima kehadiran penyertaan Tokyo 2020 dimana kira kira 11 000 atlet daripada 200 buah negara akan berada di Jepun termasuk kem pelayaran negara yang menjadi kumpulan pertama berangkat ke negara Matahari Terbit itu hari ini.

Kesemua yang terlibat sepanjang penganjuran Olimpik akan berdepan SOP yang cukup ketat dimana mereka akan menjalani ujian Covid 19 setiap hari dan pergerakan yang sangat terbatas, dari penginapan atlet ke venue venue pertandingan sahaja.

 

 

 

- Advertisement -