Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan sukan dwitahunan, Sukan SEA 2021 ditunda selepas Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) bersetuju dengan keputusan tersebut.

Ia diputuskan selepas mendengar laporan daripada pihak penganjur Sukan SEA 2021 Vietnam yang sentiasa berusaha untuk meneruskan kerja kerja persiapan namun penularan dan pertambahan kes pandemik Covid 19 terutama di rantau Asia Tenggara masih ditahap yang membimbangkan.

Tarikh baharu penganjuran sukan SEA ke 31 akan dilakukan oleh SEAGF.

Minggu lalu, media tempatan Kemboja mendedahkan penganjur sukan SEA 2021 Vietnam mungkin akan memutuskan untuk menunda temasya tersebut susulan peningkatan kes Covid 19 di negara itu.

Sukan SEA Vietnam ditunda ke 2022??

Malah, persiapan juga terjejas terutama di wilayah utara ditambah penangguhan peruntukkan untuk mempersiapkan venue venue baharu termasuk yang dinaiktaraf.

Temasya Sukan SEA ke 31 pada bulan April atau Mei 2022 selepas mengambil kira kalendar sukan antarabangsa lain seperti Sukan Olimpik Musim Sejuk di China yang dijadual pada Februari, Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Tertutup yang akan berlangsung di Thailand pada Mac.

Manakala Sukan Komanwel di England akan diadakan pada Julai sementara Sukan Asia pula akan berlangsung pada bulan September dimana China menjadi tuan rumah.

 

- Advertisement -