Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff

Oleh Ku Mohd Lufti

Pasukan berstatus pro benua, Terengganu Pro Asia Cycling (TSG) menyenaraikan tiga pelumba muda kelahiran Terengganu,  Che Ku Mohamad Syamil Che Ku Romli (gambar utama), Mohammad Zulhilmie Afif Ahmad Zamri dan Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff untuk mengharuing musim 2017.

Ketiga tiga pelumba ini beraksi untuk Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) dan sudah pun mempunyai pendedahan beraksi di kejohanan tempatan seperti Sukan Malaysia (SUKMA) dan di peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Farhan Abdul Wahab melihat, tiga pelumba ini sesuai untuk diserap bersama sama pelumba pelumba senior dalam TSG dan mampu untuk pergi jauh.

“Mereka ini merupakan pelumba tempatan berbakat dan mempunyai banyak pengalaman dalam kejohanan dan pertandingan yang disertai semasa bernaung dalam PLBT.

“Pendedahan, pengalaman, kebolehan yang ditimba daripada PLBT itu dapat digunakan dan dipraktikkan dalam pasukan TSG nanti,” kata Farhan Abdul Wahab.

Tambahnya lagi, kesemua pelumba tempatan antaranya, Mohd Harif dan Zamri Salleh, Anuar Manan dan Adiq Hussaini Othman dikekalkan dan pelumba luar negara yang bersama pasukan sepanjang 2016 juga dikekalkan untuk mengharungi musim baru.

Kesemua pelumba akan dikendalikan Jeremy Hunt bermula awal Januari depan untuk menghadapi perlumbaan jelajah diperingkat rantau Asia termasuklah Le Tour De Langkawi 2017.

- Advertisement -