Impian pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao untuk merangkul kejuaraan berganda di kejohanan badminton Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak kesampaian apabila tewas di tangan pemain muda, Ng Tze Yong di pentas final.

Kecederaan peha kanan menghantui Jun Hao yang merupakan juara Divisyen 2 minggu lalu sekaligus merencatkan permainannya.

Tze Yong pula tidak memberi ruang kepada Jun Hao untuk mengesahkan kemenangan straight set 21-13, 21-8.

“Saya sudah tahu dia ada kecederaan tetapi tetap tidak beri ruang kepada dia kerana jika mata dekat saya mungkin akan merasakan tekanan.

“Sasaran saya adalah cuba untuk menempat diri di dalam skuad Piala Thomas tetapi masih perlu tingkatkan lagi kekuatan dan kelajuan,”kata Tze Yong.

Dalam pada itu, perseorangan lelaki menyaksikan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan selepas mengesahkan status selaku juara bergu lelaki.

Aaron dan Wooi Yik hanya memerluka Sembilan minit untuk menang 21-14 di set pertama sebelum menang di set kedua 21-18.

“Kami puas hati terutama dengan persembahan permainan hari ini dan banyak belajar daripada kesilapan di perlawanan sebelum ini kerana kami kalah kepada mereka ketika di pusingan round robin.”kata Soh Wooi Yik.

Sementara itu, gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing membuktikan kemampuan selepas menewaskan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Menang 21-10 di set pertama, aksi Kian Meng-Pei Jing goyah seketika di pertengahan set kedua apabila ketinggan pada satu ketika sebelum memastikan kejuaraan menjadi milik mereka dengan kemenangan 22-20.

Sudah lama kami tidak bermain seperti ini. Kami menang di set pertama tetapi mereka memberi tentangan sengit di set kedua,”kata Kian Meng.

Pei Jing turut menambah , “menang atau kalah bukan perkara utama, kami mahu turun dan berikan permainan sebaik mungkin. Kami ketinggalan di set kedua tetapi kami tetap yakin untuk menang di set ini,”kata Lai Pei Jing.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN

BERGU CAMPURAN  

Tan Kian Meng – Lai Pei Jing lwn Chan Peng Soon – Goh Liu Ying (21-10,22-20)

 

PERSEORANGAN LELAKI

Leong Jun Hao lwn Ng Tze Yong (21-13,21-8)

 

BERGU LELAKI

Aaron Chia – Soh Wooi Yik  lwn Ong Yew Sin-Teo Ee Yii (21-14,21-18)

 

PERSEORANGAN WANITA 

Soniia Cheah lwn Eoon Qi Xuan (21-16,25-23)

 

BERGU WANITA

Chow Mei Kuan – Lee Meng Yean lwn Pearly Tan Koong Le-M Thinaah (21-14, 21-17)

 

- Advertisement -