Aksi suku akhir badminton Yonex Terbuka Thailand menyaksikan hanya seorang wakil negara yang mengesahkan slot ke separuh akhir.
Sandaran kini terletak di bahu bergu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong untuk membawa cabaran Malaysia di peringkat separuh akhir selepas menundukkan pasangan bergu muda Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Rumsani straight set 21-16 21-19.

V Shem dan Wee Kiong akan berdepan gandingan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando – Daniel Marthin di peringkat separuh akhir esok.

Nasib berbeza satu lagi bergu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yii yang tersingkir di peringkat suku akhir hari ini selepas tewas kepada pilihan keenam dari Taiwan, Lee Yang – Wang Chi-Lin 21-23,15-21

Dalam pada itu, cabaran perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berakhir selepas tewas ditangan pilihan kedua dari Taiwan, Chou Tien Chen 17-21, 15-21.

‘Tien Chien lebih bersedia, cara permainan dia konsisten berbanding saya. Hakikatnya saya perlu terima keputusan ini kerana dia (Chou Chien Tien) lebih baik dan berpengalaman. Bukan mudah untuk tewaskan pemain ranking kedua dunia.

“Saya harap dapat bangkit semula dengan lebih kuat dikejohanan yang akan datang. Terima kasih kepada semua penyokong. Saya tahu kita semua sedang menantikan kejohanan ini

“Saya berharap penyokong dapat bersabar. Saya akan bangkit semula dan berikan yang terbaik,”kata Zii Jia.

Turut sama tersingkir, bergu campuran yang diletak selaku pilihan kelima, Chan Peng Soon – Goh Liu Ying yang tewas kepada pilihan pertama tuan rumah Dechapol Puavaranukroh – Sapsiree Taerattanachai 18-21, 17-21.

Bergu muda wanita, Pearly Tan – M Thinaah juga tersingkir di pusingan suku akhir selepas kecundang di tangan pilihan kelima dari Indonesia, Greysia Polii – Apriyani Rahayu 15-21, 12-21.

- Advertisement -