nilai.velo

Oleh Ku Mohd Lufti

Pembinaan Velodrom di Nilai terpaksa dihentikan seketika selepas struktur bumbung yang masih dalam proses pembinaan runtuh.

Kerangka dibahagian bumbung runtuh pada sabtu lalu sekaligus memaksa kerja kerja pembinaan dihentikan untuk proses siasatan.

“Sebahagian daripada trusses (kerangka besi) itu telah jatuh pada 18 Jun (Sabtu), sekarang ini perkara tersebut dalam siasatan oleh unit forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bertanggungjawab.

“Walaupun saya telah diberikan taklimat dan maklumat oleh JKR dari segi perincian akan dimaklumkan oleh JKR, kerana projek pembinaan ini dibawah JKR, walaupun tuan punya projek adalah milik KBS,” kata Khairy.

Tambah Khairy lagi, kelewatan susulan insiden tersebut akan berlaku, namun pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) belum dapat memastikan kelewatan itu dengan tepat sehingga laporan penuh daripada unit forensik dikeluarkan.

“Saya difahamkan akan ada sedikit kelewatan tetapi tidak akan menjejaskan persiapan sebelum Sukan SEA. Setakat hari ini yang boleh disahkan oleh JKR, persiapan tidak akan menjejaskan persediaan untuk Sukan SEA, samada kelewatan akan mengambil masa sebulan atau dua bulan, ia akan diumumkan oleh unit forensik JKR nanti,” katanya lagi.  

Pembinaan Velodrom Nasional yang terletak di Nilai bermula penghujung tahun lalu melibatkan kos perbelanjaan RM 80 juta.

Cadangan pembinaan velodrom kelas 1 itu antara yang terkandung dalam pembentangan bajet ketika 2013.

- Advertisement -