Pengendali skuad Bawah 19 tahun negara Brad Maloney menyenaraikan Luqman Hakim Shamsuddin dan Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal dalam 30 pemain yang akan dipanggil untuk menjalani kem latihan pusat Fasa2 yang akan dijadual bermula dari 3 hingga 30 Ogos.

Kem latihan pusat adalah persiapan sebelum Malaysia turun ke Uzbekistan untuk mengharungi pusingan akhir Kejuaraan B19 AFC 2020 yang dijadual bermula dari 14 – 31 Oktober.

Sebelum ini Brad Maloney telah memanggil 35 pemain untuk menjalani sesi latihan fasa pertama yang tamat pada Ahad lalu.

Hanya yang menjadi persoalan, kehadiran Luqman ke kem latihan Fasa 2 kerana pemain kelahiran Kelantan itu dikhabarkan akan ke Belgium untuk menyertai kelabKV Kortrijk (KVK) pada awal Ogos.

Selain Luqman Hakim, dua lagi pemain baharu yang tersenarai adalah penjaga gol Ahmad Irfan Ibrahim (Terengganu FC); pemain tengah Ziad Al Basheer (Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD B17)) selain Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri (AMD B-17).

Sementara Wan Kuzri tampak ‘berjaya’ meyakinkan Brad Maloney untuk terus kekal dalam pasukan namun beliau perlu lebih bekerja keras jika mahu berada dalam senarai akhir skuad B19 negara.

Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan D bertemu Tajikistan pada 16 Okt, diikuti aksi kedua menentang bekas juara Qatar (19 Okt) dan aksi terakhir berdepan Yaman pada 22 Okt.

Empat pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir secara automatik layak ke Piala Dunia B-20, 2021 dan skuad B-19 negara menyasarkan muncul pasukan Malaysia pertama layak secara merit ke pentas Piala Dunia.

 

Senarai penuh 30 pemain dipanggil untuk menjalani latihan Fasa 2

1. Arif Aiman Mohd Hanapi – Johor Darul Ta’zim

2. Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan – Johor Darul Ta’zim

3. Muhammad Firdaus Ramli – Johor Darul Ta’zim

4. Muhammad Firdaus Kaironnisam – Johor Darul Ta’zim

5. Muhamad Alif Abdul Mutalib – Johor Darul Ta’zim

6. Muhammad Shafi Azswad Sapari – Johor Darul Ta’zim

7. Daryl Sham K. K. George- Johor Darul Ta’zim

8. Luqman Hakim Shamsudin – Selangor

9. Muhammad Azrul Haikal Ramlee – Selangor

10. Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim – Selangor

11. Muhammad Fakrul Iman Naszari – Selangor

12. Muhammad Raimi Shamsul – Selangor

13. Mohd Aiman Afif Md Afizul – Kedah

14. Muhammad Amirul Akmal Safarinizam- Kedah

15. Muhamad Aiman Farhan Muhamad Fauzi – Kedah

16. Muhammad Faiz Amer Runnizar – AMD B-17

17. Mohammad Marwan Abdul Rahman – AMD B-17

18. Muhammad Khairi Suffian Khaineyusri – AMD B-17

19. Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri – AMD B-17

20. Ziad El Basheer Norhisham – AMD B-17

21. Yuseril Yusekil – Sabah

22. Mohd Nasip Mohammad Zain – Sabah

23. Alan Lagang Keryer – Sarawak United

24. Muhammad Azam Azmi Murad – Terengganu Fc

25. Muhammad Rahadiazli Rahalim – Terengganu Fc

26. Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid – Terengganu Fc

27. Ahmad Irfan Ibrahim – Terengganu Fc

28. Muhammad Riezman Irfan Mustafah – Pahang

29. Zachry Raiff Ghazie Yeoh – Brooke House College Football Academy

30.Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal – St. Loius Football Academy

- Advertisement -