Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengumumkan wang kemenangan akan dibayar selewatnya penghujung bulan ini.

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan proses pembayaran akan dibuat selepas dipersetujui Ahli Lembaga Eksekutif KHM yang bermesyuarat baru baru ini.

RM 50 000 merupakan ganjaran selepas muncul juara manakala RM 15 000 merupakan ganjaran selepas muncul naib juara Piala Vivian May Soars.

Langkah yang dibuat oleh pengurusan KHM wajar dipuji dan diharapkan ia diselesaikan dengan kadar segera sekaligus menutup sebarang tanggapan negatif tehadap badan induk sukan hoki Malaysia itu.

Dalam perkembangan lain, Subahan juga menjelaskan skuad kebangsaan hanya akan kembali ke padang untuk menjalani sesi latihan bermula 1 Julai meskipun kerajaan telah membenarkan sesi latihan dimulakan esok.

Ini kerana, Jawatankuasa Skuad Kebangsaan perlu mengadakan perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Jawatankuasa Perubatan KHM berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang perlu sebelum menjalani latihan.

 

 

 

 

- Advertisement -