Chua Jin Wei diumumkan sebagai pemenang Wall Rally Challenge dengan merekodkan 136 pukulan pada dinding dan menerima baucar bernilai MYR 5,000 daripada Li-Ning Malaysia dalam penyampaian hadiah dengan kehadiran pemain beregu  campuran Malaysia, Goh Liu Ying.

Wall Rally Challenge dianjurkan oleh pengedar tunggal Li-Ning di Malaysia, Sunlight Sports Sdn. Bhd. dan Malaysia Book of Records.

Sekurang-kurangnya 151 peserta pada pusingan pertama cabaran yang memerlukan peserta memuat naik rakaman percubaan mereka di sosial media. Sepuluh peserta yang merekodkan pukulan yang paling tinggi memasuki pusingan akhir.

Chua Jin Wei yang berusia 21 tahun berjaya melakukan 136 pukulan dan berjaya mengatasi Erfan Majeed dan Lee Wee Meng yang kedua-duanya melakukan 135 kali, diikuti oleh Wong Jiann Tze yang merekod sebanyak 125 kali.

Chua memenangi baucar Li-Ning bernilai RM 5,000, dan tempat kedua hingga kelima membawa pulang baucar bernilai RM400 manakala tempat keenam hingga kesepuluh membawa pulang baucar bernilai RM200.

Dengan kehadiran keluarganya, Chua Jin Wei disampaikan hadiah utama dari pemain Beregu Campuran Malaysia, Goh Liu Ying. Chua juga diwawancara secara langsung oleh Goh di kedai Li-Ning 1Utama Pusat Beli Belah.

Chua, yang pernah mewakili negeri Kuala Lumpur sebagai pemain badminton mengatakan kerana PKP, dia tidak dapat bermain badminton, jadi dia menetapkan sasaran untuk memukul bulu tangkis pada tembok 1,000 kali setiap hari selama 14 hari.

“Saya biasanya tidak bersasar untuk mendapatkan kepantasan dalam sukan badminton, tetapi saya meletakkan sasaran ini sekurang-kurangnya 120 kali dalam satu minit setelah saya terserempak dengan cabaran ini secara kebetulan. Saya mencabar diri saya untuk terus bertambah baik setelah mengetahui bahawa saya sudah memasuki pusingan akhir dan tidak tersangka yang saya telah merekodkan sebanyak 136 pukulan, ”kata Chua.

Chua menggambarkan bahawa dia berasa gementar dan tertekan selepas menghabiskan cabarannya di pusingan akhir kerana enam finalis lain tidak disiarkan secara langsung. Dia berasa bimbang dan tidak yakin, akan tetapi amat gembira kerana dia memenangi cabaran itu.

Chua mengatakan bahawa dia memulakan latihan badminton sejak dia berusia 9 tahun dan pernah mewakili negeri untuk kejohanan badminton antara sekolah, tetapi tidak mendapat peluang untuk menyertai dalam Kejohanan Badminton Nasional Junior. Setelah tamat sekolah menengah, dia jarang bertanding. Dia hanya bermain dan berlatih setiap minggu.

Goh Liu Ying mengucapkan tahniah kepada Chua kerana berjaya merangkul kejuaraan ini, dan bergurau dengannya, mencadangkan agar Chua menjalankan kelas untuk mengajar pukulan pada dinding badminton.

- Advertisement -