Joelle King

Oleh Ku Mohd Lufti

Nasib nyata tidak menyebelahi Low Wee Wern apabila tewas kepada pemain ranking ke 9 dunia Joelle King di pusingan pertama, Kejohanan Squasy Wanita Dunia.

Kepantasan King nyata sukar dicabar Wee Wern yang kembali semula ke gelanggang skuasy selepas berehat panjang selepas menjalani pembedahan lutut tahun lalu.

King menguasai gelanggang dan mendahului Wee Wern sepanjang tiga set sekaligus mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua dengan kemenangan 11-9, 11-6, 11-7.

Meskipun tewas, Wee Wern yang kini menduduki tangga ke 42 dunia berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan.

“Bermain dengan pemain yang menduduki 10 terbaik dunia bukan mudah, apatah lagi saya masih belum cergas sepenuhnya. Tetapi saya bermain dengan selesa dan tanpa tekanan buat pertama kali selepas terpaksa berhempas pulas sepanjang tahun ini.”

“Ini yang saya nanti nantikan kerana sayu mahu kembali semula ke tahap di mana saya boleh bermain di tahap seperti yang dipamerkan Joelle King,” kata Wee Wern.

- Advertisement -