yashir-pinto
Yashir Pinto

Oleh Ku Mohd Lufti

Ketua jurulatih Melaka United, Mat Zan Mat Aris berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan dua pemain import baharu Skuad Hang Tuah.

Dua pemain terbabit ialah penyerang kelahiran Chile dan Palestin, Yashir Pinto serta Alexandru Tudose (gambar utama) yang beraksi di bahagian pertahanan kelahiran Romania.

Menurutnya, kedua-dua pemain itu menunjukkan prestasi memberangsangkan ketika aksi persahabatan menentang Selangor yang berkesudahan seri dua sama di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

“Kalau tengok perlawanan dengan Selangor boleh kata mereka perform jugalah dan juga mereka hanya lima hari dengan kita, dan mungkin dapat melihat kebolehan mereka yg sebenar lagi dalam dua minggu akan datang. Kita tengah menilai prestasi mereka berdua ni dan selepas perlawanan dengan ATM ni kita akan tentukan kedudukan mereka.” Kata Mat Zan

Melaka United akan meneruskan aksi persahabatan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Sabtu ini (25 Jun) sebelum bertemu Pahang pada 2 Julai depan sebagai persiapan menjelang aksi pembukaan Piala Malaysia 2016 menentang Terengganu, 12 Julai depan.

- Advertisement -