Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017, YB  Brigadier General Khairy Jamaluddin Abu Bakar memuji persiapan tuan rumah peringkat pertama Larian Baton Bangkit Bersama, Brunei Darussalam.

Jelas YB Khairy, beliau yakin Brunei mampu memberikan impak yang terbaik dan bermakna kerana persiapan untuk penganjuran Larian Baton Bangkit Bersama tersusun.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan Brunei Darussalam terutamanya kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, YB Pehin Datuk Lailaraja Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Seri Awang Halbi Mohd Yussof kerana telah memberi satu komitmen yang tinggi dalam menganjurkan larian baton peringkat pertama di Brunei,”Kata YB Khairy selepas meluangkan masa untuk melawat tapak Karnival DPMM FC Matchday Magazine di perkarangan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada Sabtu (4 Mac 2017).

Turut hadir, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al Muhtadee Billah, dan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Brunei,  YB Pehin Datuk Lailaraja Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Seri Awang Halbi Mohd Yussof.

Tambah YB Khairy lagi, selain bekas atlet negara Brunei, dijangka lebih 700 penduduk tempatan disekitar Brunei dijangka terlibat dalam Larian Baton Bangkit Bersama pagi Ahad (5 Mac 2017).

Inisiatif larian ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan dikalangan negara negara lain yang terlibat dengan Ssukan SEA ke 29 dan Para ASEAN ke 9 seiring dengan tema bangkit bersama.

- Advertisement -