Zamri Baba during the ARRC pre-season test two weeks ago 2

Pelumba handalan negara, Mohd Zamri Baba kekal tenang bagi menghadapi perlumbaan SuperSports 600cc pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang, minggu ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu dalam misi mempertahankan kemenangan dalam kategori SuperSports 600cc di Sepang musim lepas disamping mahu mempertahankan gelaran keseluruhan yang dimenangi dua pelumba yang telah beralih ke saingan Moto2 Kejuaraan Dunia iaitu Azlan Shah Kamaruzaman pada tahun 2013 dan Zaqhwan Zaidi juara musim 2014.

Tahun 2014 merupakan tahu agak malang buat pelumba berusia 32 tahun itu apabila mengalami kecederaan menjelang latihan pra-musim yang menyaksikan pelumba itu terpaksa bergerak menggunakan tongkat.

Lebih malang kecederaan tersebut kembali berulang setelah Zamri  terjatuh pada sesi latihan sehingga terpaksa menarik diri dari perlumbaan pusingan keempat yang berlangsung di Litar Suzuka, Jepun ketika itu.

Hanya sewaktu pusingan keenam yang berlangsung di Doha, Qatar Zamri benar-benar pulih dan beraksi pada tahap terbaik untuk mencatat kemenangan buat dirinya dan membantu Honda untuk mempertahankan gelaran juara buat tahun ketiga berturut-turut.

Meskipun terlepas aksi di Jepun dan belum pulih 100 peratus sewaktu pusingan kelima di Thailand, Zamri secara keseluruhan berjaya meraih tiga gelaran juara termasuk kemenangan berganda di Sepang ketika beraksi dengan bantuan ubat penahan sakit selain turut meraih tiga lagi podium.

“Nasib saya tidak begitu baik pada musim lepas dan mudah-mudahan berbeza pada tahun ini. Persediaan dari segi kecergasan fizikal semakin meningkat dan pasukan kami juga dilihat cukup bersedia setelah mencatat keputusan baik ketika sesi ujian pra-musim baharu ini.
 
“Cuma saya tidak mahu terlebih yakin dan tidak menetapkan sebarang sasaran kerana tidak mahu mendatangkan tekanan kepada saya dan juga pasukan. Malah pencabar pada tahun ini juga semakin kuat berbanding musim lepas,” jelas Zamri.

Tambahnya, “Saya mahu memberikan yang terbaik dan cuba untuk menamatkan perlumbaan di atas podium – untuk diri saya, pasukan, keluarga, rakan-rakan dan juga penyokong yang menyokong saya. Jika meraih gelaran juara, ia satu bonus kepada saya.”

Sesi Latihan Bebas Kejuaraan Motosikal Asia FIM akan bermula pada hari Jumaat, 17 April diikuti sesi kelayakan pada Sabtu dan perlumbaan akhir pada hari Ahad. Masuk dan parkir  adalah percuma.

 

UPBEAT ZAMRI CALM AHEAD OF ARRC OPENING LEG

A lean and confident Mohd Zamri Baba said he is calm ahead of the FIM Asia Road Racing Championship opening round as he attempts to battle for the SuperSports 600cc podium at the Sepang Circuit this weekend.

The Musashi Boon Siew Honda rider has been earmarked as Malaysia’s best hope to retain the coveted SuperSports 600cc crown following reigning champion, Zaqhwan Zaidi and 2013 winner, Azlan Shah Kamaruzaman’s move to the World Moto2 Championship.

2014 was a year to forget for the 32-year old Zamri as he commenced his campaign with a pre-season injury that saw him limping in the first four rounds. The injury was made worse by another crash at the Suzuka Circuit that forced him to withdraw from the race.

It was not until the final round in Qatar, Zamri had fully recovered and he rode to the best of his abilities to help Honda retain the rider and constructors awards for a third consecutive year.

Despite a roller-coaster campaign, Zamri remained a serious threat as he took three victories and three podiums, including a double win at Sepang while using crutches and on painkillers.

“2014 did not go too well but this year everything is different. I’m fighting fit and we have a good base setup from the pre-season test between me and Yuki Takahashi. Even so, I do not want to set unrealistic targets for this weekend because it would put a lot of unnecessary pressure. Not to mention our rivals have gotten a lot more stronger from last season so it’s quite hard to anticipate what will happen this weekend,” said Zamri.

He added, “So my aim is to do my very best and try to finish on the podium – for myself, the team, family, friends, for the fans, for Malaysia and for all who had supported me. I want to make everybody proud and if I get lucky and somehow win the race, that would be a bonus.”

The practice sessions for Round 1 of the FIM Asia Road Racing Championship will start on Friday followed by the Qualifying sessions on Saturday and the final race on Sunday.

- Advertisement -