FAM serah hak Liga Bolasepak Rakyat untuk 10 tahun

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2016/03/fam-serah-hak-liga-bolasepak-rakyat-untuk-10-tahun">
Twitter
Pinterest

lbr

Persatuan Bolasepak Malaysia FAM menyerahkan hak kepada Liga Bolasepak Rakyat Sdn Bhd untuk menganjurkan Liga Bolasepak Rakyat, LBR bagi tempoh 10 tahun.

Keputusan itu dibuat selepas kedua dua pihak mengadakan mesyuarat exco FAM pada isnin lalu.
Pengerusi LBR Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman berkata, menerusi penganjuran kejohanan ini, bakat bakat baharu khususnya peringkat akar umbi dapat dilahirkan.
Malah ia secara tidak langsung memberi peluang kepada pengurusan pasukan, jurulatih, dan pengadil untuk menimba pengalaman mengikut bidang masing masing dari peringkat asas untuk melangkah lebih jauh.’ kata Dr Shamsul.
Malah, FAM juga bercadang untuk menyenaraikan juara dan naib juara bagi pertandingan peringkat Kebangsaan untuk diserap ke dalam liga FAM andai pihak penganjur mencapai petunjuk Prestasi Utama atau (KPI) yang ditetapkan oleh FAM.
Liga Bolasepak Rakyat dilancarkan pada 13 september 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Pekan, Pahang.
Kejohanan ini diilhamkan oleh Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertujuan untuk memberi peluang kepada pemain bolasepak di peringkat daerah untuk bersaing serta menyertai kejohanan yang diuruskan secara profesional.
LBR bermula pada September lalu dengan 110 pasukan mengambil bahagian dari seluruh daerah di Malaysia.
Kesmua pasukan bermain mengikut format liga di lapan zon antaranya Zon Utara , Selatan, Timur serta Borneo 1 dan 2 melibatkan 500 perlawanan secara timbal balik.
Kini LBR telahpun memasuki peringkat nasional dimana 16 pasukan membabitkan empat kumpulan akan bersaing untuk merebut dua kedudukan teratas untuk mara ke peringkat suku akhir,
Aksi Final dijadual berlangsung pada 7 Mei di  venue yang akan ditetapkan kemudian untuk merebut wang tunai RM 100 000.
KUMPULAN A
Jeli
Besut 
Kangar
Batang Padang
KUMPULAN B
Rembau
Ledang 
Perak Tengah 
Bukit Bintang
KUMPULAN C
Miri 
Papar
Kuching
Kota Belud
KUMPULAN D 
Melaka Tengah
PAdang Besar
Temerloh 
Maran
Please follow and like us:
0