Malaysia juarai Kumpulan A

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/08/bolasepak-malaysia-juarai-kumpulan">
Twitter
Pinterest
29th SEA Games KL2017 Men Football - Malaysia

Bolasepak : Malaysia juarai Kumpulan A

Skuad bolasepak B-22 Malaysia muncul selaku juara Kumpulan A saingan bolasepak lelaki di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 setelah menewaskan Laos 2-1 di Stadium Shah Alam pada Rabu (23 Ogos).

Sudahpun mengesahkan tempat di separuh akhir, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya satu mata untuk mengesahkan kedudukan selaku juara kumpulan.

Namun, keinginan Malaysia memburu kemenangan terserlah sejak awal permainan meskipun Dato’ Ong Kim Swee hanya mengekalkan tiga sahaja pemain dari kesebelasan utama yang menewaskan Myanmar dua hari lalu.

Gol pertama Malaysia hadir pada minit ke-26 setelah Jafri Firdaus Chew merembat masuk dari jarak dekat menewaskan Paseuth Saymanolinh setelah tandukan awal Shafiq Ahmad terkena palang.

Laos berjaya menyamakan kedudukan hanya lima minit kemudian menerusi sepakan percuma Phanthavong Thanin yang gagal diselamatkan Ifwat Akmal Che Kassim.

29th SEA Games KL2017 Men Football - Malaysia vs Laos

Minit ke-39, Malaysia berjaya merebut semula pendahuluan selepas hantaran rendah ketua pasukan Adib Zainudin terkena kaki pemain pertahanan Khochalern Phouttasay dan menerjah jaring Myanmar, memberikan Malaysia kelebihan 2-1.

Malaysia terus garang mengasak di separuh masa kedua namun hanya berjaya menambah satu jaringan menerusi Jafri pada minit akhir permainan setelah pemain Pulau Pinang itu menyempurnakan hantaran Shafiq.

29th SEA Games KL2017 Men Football - Malaysia

Di separuh akhir, Malaysia akan berdepan dengan naib juara Kumpulan B yang masih menjadi buruan antara Thailand, Vietnam dan Indonesia.  – OLEH MUHAMMAD AIMAN

Please follow and like us:
0