PLBM ‘sasar’ mahu ulangi pencapaian Sukan SEA 2007

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/08/plbm-sasar-mahu-ulangi-pencapaian-sukan-sea-2007">
Twitter
Pinterest

Selepas sepi tidak dipertandingkan di lima edisi Sukan SEA terdahulu, kem Boling Padang negara yang diletak sebagai penyumbang besar prospek emas untuk kontinjen Malaysia di temasya Sukan SEA ke 29 tahun ini.

Jurulatih negara, Syed Muhammad Syed Akil optimis empat pingat emas mampu digapai berdasarkan prestasi semasa atletnya yang kini menjalani latihan fasa akhir sebelum pertandingan   bermula 22 Ogos depan.

Beliau yang juga bekas pemain kebangsaan menjelaskan, empat pingat emas yang disasarkan oleh Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) adalah relevan.

“Pencapaian terbaik sebelum ini yang telah dimenangi oleh acara sukan boling padang adalah pada tahun 2001 di mana kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA di mana saya juga turut serta bermain dan merupakan seorang dari lima orang atlet yang telah menghadiahkan pingat emas buat negara ketika itu,” katanya Syed Muhammad.

Latihan fasa akhir dengan baki kurang dua minggu sebelum acara bermula lebih menumpukan latihan dan persiapan secara santai.

“Persiapan terakhir yang kami lakukan buat masa ini adalah sebagai ‘light training’ untuk mereka supaya dapat mengekalkan prestasi dan tumpuan sebelum ke gelanggang sebenar yang bakal bermula minggu depan.”

Kesemua barisan pemain yang menggalas tugas juga tampak sudah bersedia untuk melakar kemenangan termasuk dua seteru utama, Thailand dan Filipina.

“Seperti yang diketahui, Thailand sedang giat menjalankan sesi latihan di banyak tempat bagi melatih atlet mereka untuk lebih terbuka dan mendapat pelbagai pengalaman sebelum bertanding di temasya dwitahunan ini,” katanya lagi.

“Begitupun, kami sentiasa bersiap sedia untuk bersaing dan menumpaskan pihak lawan terutama dari pasukan Filipin dan Thailand bagi merebut pingat emas untuk menaikkan nama negara dalam Sukan SEA tahun ini,” kata Muhammad.

 Acara boling padang mempertandingkan lapan pingat emas dan pencapaian Malaysia ketika di Sukan SEA 2007 di Thailand dalam acara ini berakhir dengan kedudukan kedua keseluruhan dengan empat pingat emas dan satu pingat perak dan gangsa.Oleh FATIN FATIHAH ANAN

 

Please follow and like us:
0