Impian Malaysia untuk menamatkan penantian 32 tahun untuk menjulang Piala Thomas pada tahun ini tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi separuh akhir

Bermain di hadapan penyokong sendiri tidak memberi tekanan sebaliknya menyemarakkan lagi semangat pemain China yang ternyata lebih aggresif berbanding Malaysia.

Mata pertama China hadir menerusi pemain ranking kedua dunia, Shi Yu Qi apabila mengalahkan perseorangan utama Malaysia Lee Zii Jia 21-19, 21-5 dalam masa 39 minit.

Malaysia menyamakan kedudukan menerusi gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menundukkan gandingan Liang Wei Keng-Wang Chang.

Tewas 15-21, beregu negara bangkit di dua set berikutnya untuk menang 21-12 21 -17 sekaligus mengikat kedudukan 1 – 1.

Leong Jung Hao ternyata sukar untuk mengatasi perseorangan kedua China, Li Shi Feng apabila tewas straight set 17-21, 10-21 sekaligus memberikan China mata kedua.

Sandaran diletakkan kepada Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Rumsani untuk mengikat kedudukan namun berdepan He Ji Ting – Ren Xiang nyata bukan tugas mudah.

Pasangan di ranking ke-15 dunia itu bermula langkah kanan apabila menang set pertama 21-18 sebelum tunduk dua set berikutanya kepada He Ji Ting-Ren Xiang Yu 19-21, 17-21 dalam perlawanan berlangsung lebih satu jam sekaligus memberikan kemenangan muktamad 3-1 memihak China dan akan berdepan Indonesia dalam perlawanan akhir

- Advertisement -