Pelumba terbaik Malaysia Jelajah Malaysia 2017, Muhammad Zawawi Azman meneruskan kayuhan cemerlang apabila meraih kemenangan peringkat yang pertama selepas muncul juara hari pertama lumba berbasikal Tpur de Selangor 2017.

Peringkat pertama dari Petaling Jaya dan tamat di Kuala Selangor dengan jarak 114 kilometer tampak memberikan keputusan yang positif buat  pelumba berusia 23 tahun ini yang beraksi bersama pasukan Sapura Cycling (TSC).

Zawawi berada dalam kelompok depan sepanjang perlumbaan untuk meraih mata di zon pecutan di Kota Damansara, Kg Raja Musa dan Sungai Terap serta dua pendakian di Kuang dan Batu Arang.

Kayuhan Zawawi dibantu Wilmar Jahir Nunoz Perez sebelum beliau mengatur langkah untuk memintas enam lagi pelumba yang berada di kelompok pendahulu sebelum menghampiri laluan mendaki di Bukit Melawati.

Henjutan bekas pelumba pelapis kebangsaan ini ternyata berhasil apabila terlebih dahulu menamatkan perlumbaan selaku juara dengan catatan masa 2 jam 41 minit 42 saat.

Seorang lagi pelumba tempatan, Nik Mohd Azwan Zulkifle daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDM) ditempat kedua ketinggalan 2 saat dibelakang Zawawi manakala pelumba Aisan Racing, Ryohei Komori melengkapkan podium selaku pemenang tempat ketiga.

Kemenangan sulung Zawawi memberikannya tiga jersi, Kuning (Pendahulu), Biru (Pecut) dan Merah (Raja Bukit).

Manakala Jersi Putih atau Pelumba Muda Terbaik milik Muhd Nur Aiman Zariff daripada Terengganu Cycling TSG. OLEH KU MOHD LUFTI 

 

 

Keputusan perlumbaan Tour de Selangor 2017

Peringkat 1 – Petaling Jaya – Kuala Selangor (114 KM)

Muhammad Zawawi AZMAN TSC             2:41:42

Nik Mohd Azwan ZULKIFLE PDM               2:41:44

I Ryohei KOMOR AIS                                       2:41:52

Ryan Ariehaan HILMANT CCC                     2:42:01

Muhd Nur Aiman MOHD ZARIFF TSG      2:42:09

Kota SUMIYOSHI AIS                                      2:42:53

YUSRIZAL Usoff MAS                                      2:42:55

Wilmar Jahir PEREZ MUNOZ TSC                2:42:57

Nelson MARTIN 7RP                                       2:43:51

Aiman CAHYADI TSC                                       2:45:20

 

 

Kedudukan Pelumba (Jersi Kuning)

Muhammad Zawawi AZMAN TSC             2:41:26

Nik Mohd Azwan ZULKIFLE PDM               2:41:37 0:00:11

Ryohei KOMORI AIS                                        2:41:48 0:00:22

Ryan Ariehaan HILMANT CCC                     2:42:01 0:00:35

Muhd Nur Aiman MOHD ZARIFF  TSG     2:42:04 0:00:38

 

Kedudukan Pelumba (Raja Pecut)

Muhammad Zawawi AZMAN TSC             25

Nik Mohd Azwan ZULKIFLE PDM               15

Muhd Nur Aiman MOHD ZARIFF * TSG   14

Usoff YUSRIZAL  MAS                                     10

Ryohei KOMORI AIS                                        10

 

Kedudukan Pelumba (Raja Bukit)

Muhammad Zawawi AZMAN    TSC          6

Wilmar Jahir PEREZ MUNOZ     TSC            4

Nik Mohd Azwan ZULKIFLE       PDM         2  

Usoff YUSRIZAL                           MAS            2

 

Kedudukan Pelumba (Jersi Putih – Pelumba Muda)

Muhd Nur Aiman MOHD ZARIFF * TSG                   2:42:04

Azli Najmi ZULKEFLI * SEL                                             2:45:23 0:03:19

Nguyen Duy Tran NHAN * VIE                                    2:45:30 0:03:26

Muhammad FACHRI NAUFAL BAROKAH * CCC   2:45:44 0:03:40

Adulwi DA PHOSANGt * THA                                      2:45:52 0:03:48

 

- Advertisement -