Penglibatan ibu bapa dalam sukan ragbi sesuatu yang unik dan sukar untuk ditemui di Malaysia.

Itulah inisiatif daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau SEMASHUR sejak 2010, bermatlamatkan menjadikan ragbi sebagai sukan teras dan antara yang digeruni di Malaysia.

Malah, kerjasama daripada pelbagai pihak PIBG semashur, kejohanan ragbi dianjurkan dalam matlamat memburu bakat bakat baru yang boleh diketengahkan.

Kejohanan Ragbi Zealord 10’s melibatkan 16 penyertaan daripada sekolah harian, dan sekolah berasrama penuh dengan penglibatan pemain seawal 13 tahun.

“Kejohanan ini dinanti nantikan banyak sekolah, namun kita hanya mampu menerima sebanyak 16 penyertaan terbaik.

“Ia secara tidak langsung membuktikan matlamat PIBG dan SEMASHUR menganjurkan kejohanan ini mendapat perhatian dan sambutan dari seluruh Malaysia, Kata Abu Mutalib yang juga pengarah kejohanan.

Tarikan utama penganjuran ini dikalangan sekolah sekolah di seluruh Malaysia adalah selain mampu menyediakan dua gelanggang ragbi, SEMASHUR juga memastikan pengadil yang digunakan adalah yang bertauliah dan diiktiraf oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU).

Mungkin secara realitinya, kejohanan ini dilihat bukan bertaraf antarabangsa, namun peruntukkan tidak kurang daripada RM 30 000 diperlukan untuk menganjurkan kejohanan ini.

“Ibu bapa sendiri sanggup untuk membantu mendapatkan dana bagi memastikan kejohanan ini dijalankan dengan jayanya.

“Justeru, kami berharap ada pihak atau syarikat yang tampil untuk menjadi sebahagian daripada keluarga penganjuran Kejohanan Ragbi Zealord 10’s untuk membantu dalam melahirkan jaguh ragbi tempatan,”katanya lagi.

Kejohanan Ragbi Zealord 10’s edisi kelima yang berlangsung baru baru menyaksikan tuan rumah, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor mengungguli Trofi CUP bawah 13 tahun dan 14 tahun. OLEH KU MOHD LUFTI 

 

Keputusan perlawanan Kejohanan Ragbi Zealord 10’s 2017

 *U13 Quarter Bowl / Shield*

SMSS vs SMSAH (12-0)

SAS vs KLS (0-5)

Ikups vs Kelleys (33-5)

Basis vs Integomb (0-10)

 

*U14 Quarter Bowl / Shield*

KLS vs ASIS (15-0)

KE vs MCKK (0-17)

Ikups vs SMSS (12-0)

STAR vs Seratas (27-0)

 

*U13 Semi Final Shield* 

SMSAH vs KLS (0-5)

Kelleys vs Basis (12-0)

 

*U14 Semi Final Shield*

ASIS vs KE (10-5)

SMSS vs Seratas (10-5)

 

*U13 Semi Final Bowl*

SMSS vs KLS (15-5)

Ikups vs Integomb (24-0)

 

*U14 Semi Final Bowl*

KLS vs MCKK (MCKK)

Ikups vs STAR (0-7)

 

*U13 Final Shield*

SAS Vs Kelleys (17-0)

 

*U14 Final Shield*

ASIS vs SMSS (19-5)

 

*U13 Final Bowl*

SMSS vs Ikups (7-26)

 

*U13 Final Bowl*

MCKK vs STAR (7-5)

 

*U13 Quarter Cup / Plate*

MCKK vs Intej (22-5)

STJ vs STAR (5-0)

SDAR vs VI (20-0)

Semashur vs SSAAS (19-0)

 

*U14 Quarter Cup / Plate*

Semashur vs Integomb (19-0)

VI vs SASER (7-17)

SAS vs Intej (15-10)

SDAR vs STJ (10-7)

 

*U13 Semi Final Plate*

Intej vs STAR (12-19)

VI vs SSAAS (5-27)

 

*U14 Semi Final Plate*

Integomb vs VI (12-10)

Intej vs STJ (5-14)

 

*U13 Semi Final Cup*

MCKK vs STJ (0-10)

SDAR vs Semashur (0-22)

 

*U14 Semi Final Cup*

Semashur vs SASER(34-0)

SAS vs SDAR (26-0)

 

*U13 Final Plate*

STAR vs SSAAS (10-19)

 

*U14 Final Plate*

Integomb vs STJ (12-24)

 

*U13 Final Cup*

STJ vs Semashur (0-19)

 

*U14 Final Cup*

Semashur vs SAS (10-7)

 

 

- Advertisement -