Muhammad Rafiq, Mohamad Ridzuan dinobat Atlet Terbaik SAM 2018

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/04/muhammad-rafiq-mohamad-ridzuan-dinobat-atlet-terbaik-sam-2018">
Twitter
Pinterest

Atlet boling tenpin, Muhammad Rafiq Ismail dan jaguh olahraga para kebangsaan, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi masing-masing diumumkan sebagai penerima Anugerah Atlet Terbaik dan Atlet Paralimpik Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2018.

Kedua-dua atlet itu masing-masing membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang tunai RM10,000 yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat ke majlis gilang gemilang itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pada majlis itu, SAM juga menyampaikan Anugerah Khas Sepanjang Hayat kepada Penaung Diraja SAM, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah atas sumbangan besar baginda kepada arena sukan negara, khususnya bola sepak.

Edisi anugerah tahun ini diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 SAM, yang telah ditubuhkan pada tahun 1969.

Dalam pada itu, Muhammad Rafiq mengenepikan saingan beberapa atlet tersohor negara seperti jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang; gandingan ratu terjun, Pandelela Rinong Pamg dan Cheong Jun Hoong; Amy Kwan Dict Weng (gimrama); dan Mohamad Hazim Amzad (silat).

Beliau melakar kejayaan cemerlang sepanjang tahun lepas dengan memperoleh pingat emas dalam acara perseorangan Kejohanan Boling Lelaki Dunia 2018, di Hong Kong dan sekali gus menjadi pemain Malaysia pertama mencapai kejayaan itu dalam tempoh 39 tahun.

Sebelum itu, atlet muda berusia 22 tahun itu juga beraksi cemerlang pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dengan meraih satu pingat emas dan satu pingat perak masing-masing menerusi acara Masters dan Trio Lelaki serta muncul sebagai juara kebangsaan buat kali kedua selepas 2015.

Sementara Mohamad Ridzuan mengenepikan saingan dua lagi jaguh sukan olahraga para negara iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta Bonnie Bunyau Anak Gustin daripada sukan powerlifting.

Atlet kelahiran Perlis itu, yang dinobat sebagai Atlet Para Lelaki Terbaik Asia 2018 oleh Majlis Paralimpik Asia baru-baru ini, melakar kejayaan membanggakan pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta tahun lepas dengan menyumbang tiga pingat emas selain memperbaharui rekod dunia dan juga Asia.

Ini adalah kali kedua Mohamad Ridzuan dinobatkan sebagai Atlet

Paralimpik Terbaik selepas menerimanya pada tahun 2016.

Pada majlis gilang gemilang Anugerah SAM-100PLUS 2018 itu, berusia 31 tahun itu turut menerima Anugerah Pilihan Peminat 100PLUS, yang memberi peluang kepada peminat sukan negara mengundi atlet pilihan masing-masing berdasarkan prestasi terbaik yang dipamerkan atlet sepanjang tahun 2018.

 

SENARAI PENUH PEMENANG:

Atlet Terbaik: Muhammad Rafiq Ismail (Boling Tenpin)

Atlet Paralimpik Terbaik: Mohamad Ridzuan Mohd Puzi (Olahraga)

Atlet Muda Terbaik: Muhammad Fauzi Kaman Shah (Pelayaran)

Persatuan Sukan Dinamik: Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA)

Anugerah Khas: Regu Sepak Takraw

Pemain Terbaik Liga KPM 2018: Irfan Shahkimi Shahrizal

Anugerah Pilihan Peminat 100PLUS: Mohamad Ridzuan Mohd Puzi

Please follow and like us:
0