pix.1
(FROM LEFT) Dato’ Zolkples Embong, the Chief Executive Officer of MASOC; Dato’ Lokman Hakim Ali, Secretary General of the Ministry of Youth and Sports; YB En. Khairy Jamaluddin, the Minister of Youth and Sports; Mr Lai Ming Kong, Senior Vice-President, Domestic Commercial Operation F&N Beverages Marketing Sdn Bhd and Ms Leong Wai Yin, 100PLUS Marketing Manager.

THE 29th SEA GAMES and 9th ASEAN Para Games, otherwise known as Kuala Lumpur 2017, is off to a good start when 100PLUS became the second company to officially sign up as a Silver Sponsor with the Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC) in Putrajaya on Monday (27 June 2016).

100PLUS, Malaysia’s No.1 isotonic beverage, will be the Official Isotonic Beverage of the Games after pledging RM3 million in full support of Kuala Lumpur 2017.

A loyal and traditional supporter of Malaysian sports over the years, 100PLUS was among the earliest to respond to the call of YB Khairy Jamaluddin, the Minister of Youth and Sports, for companies to back the Games in 2017.

“100PLUS has been a sponsor of  numerous major sporting events in the country, when it was first revealed that Malaysia would host the SEA Games again in 2017, it was obvious that as the No.1 isotonic beverage in Malaysia, 100PLUS will be a part of this prestigious event. When YB En Khairy invited 100PLUS last month to come on board as a sponsor, 100PLUS accepted and the partnership was sealed,” said Mr Lai Ming Kong, Senior Vice-President, Domestic Commercial Operations, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd.

“I am pleased to announce that 100PLUS will be the Official Isotonic Beverage for Kuala Lumpur 2017.  It is another proud achievement for 100PLUS which has come a long way since it was first introduced in Malaysia in 1983,” said Mr Lai at the Signing Ceremony between the Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC) and 100PLUS.

The partnership agreement was signed by Dato’ Seri Zolkples Embong, Chief Executive Officer of MASOC and Ms Leong Wai Yin, 100PLUS Marketing Manager and witnessed by YB Khairy and Mr Lai at the Menara KBS in Putrajaya today.

Commenting on the partnership, Khairy said, “We are proud to welcome  100PLUS as our isotonic sponsor who is no stranger to supporting Malaysia’s sports programs, its proven rehydrating qualities will go a long way in supporting the fans and helping athletes deliver their best during the Games, ” he added.

The Kuala Lumpur 2017 Sponsorship package offers companies four categories of sponsorship which include Platinum Sponsors (RM7.5mil to RM15mil ), Gold Sponsors (RM3mil to RM7.5mil), Silver (RM1mil to RM3 mil) and Bronze Sponsors (up to RM1 mil).

The Kuala Lumpur 2017 Games, which coincides with the country’s 60th Merdeka Celebrations, will take place from 19 to 31 August 2017.

100 plus 1
100PLUS TAJA RM3 JUTA UNTUK KUALA LUMPUR 2017

SUKAN SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, juga dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017,  terus mendapat suntikan dana apabila 100PLUS muncul sebagai syarikat kedua memeterai perjanjian sebagai Penaja Perak bersama Jawatakuasa Penganjur SUKAN SEA (MASOC) di Putrajaya pada Isnin (27 Jun 2016).

100PLUS, minuman isotonik No.1 Malaysia, menzahirkan komitmen penuhnya dengan tajaan berjumlah RM3 juta bagi penganjuran Kuala Lumpur 2017.

100PLUS, yang merupakan penyokong kuat sukan Malaysia sejak sekian lama, merupakan antara entiti terawal menyahut seruan Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin agar syarikat-syarikat di negara ini tampil menyokong penganjuran Kuala Lumpur 2017.

 “100PLUS merupakan penaja pelbagai acara sukan utama di negara ini termasuk Sukan SEA 2001 yang berlangsung di Malaysia sebelum ini,” kata Encik Lai Ming Kong, Naib Presiden Kanan, Operasi Komersil F&N Beverages Marketing Sdn Bhd hari ini.

“Apabila Malaysia diumumkan sebagai hos Sukan SEA 2017, nyata sekali sebagai minuman isotonik No.1 di Malaysia, 100PLUS mahu menjadi sebahagian dari temasya berprestij itu. Apabila YB En Khairy menjemput 100PLUS secara rasmi bulan lepas untuk menyertai temasya sebagai penaja, 100PLUS menerimanya sekaligus terjalin perjanjian persefahaman.”

“Saya dengan bangga mengumumkan bahawa 100PLUS akan menjadi Minuman Isotonik Rasmi bagi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Ini merupakan satu lagi pencapaian membanggakan bagi 100PLUS yang semakin bertapak kukuh sejak mula diperkenalkan di Malaysia pada 1983,” kata Encik Lai pada Majlis Menandatangani Perjanjian antara Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA (MASOC) dan 100PLUS hari ini.

Perjanjian persefahaman berkenaan ditandatangani Dato’ Seri Zolkples Embong, Ketua Pegawai Eksekutif MASOC dan Cik Leong Wai Yin, Pengurus Pemasaran 100PLUS sambil disaksikan YB En Khairy dan Encik Lai di Menara KBS di Putrajaya.

Dalam pada itu, Khairy berkata: “Kami mengalu-alukan penyertaan 100PLUS sebagai Penaja Minuman Isotonik yang sememangnya menyokong kuat pelbagai program sukan di Malaysia.  Kualiti penghidaratan semula 100PLUS memang terbukti dan sudah pasti akan terus menyokong atlet dalam memberikan pencapaian terbaik pada temasya itu nanti.”

Di bawah program Penajaan Kuala Lumpur 2017, penaja dibahagikan kepada empat kategori iaitu Penaja Platinum (RM7.5 juta hingga RM15 juta), Emas (RM3 juta hingga RM7.5 juta), Perak (RM1 juta hingga RM3 juta) dan Penaja Gangsa (tajaan sehingga RM1 juta).

Kuala Lumpur 2017, yang akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos 2017, merupakan temasya kali Ke-6 dianjurkan di Malaysia. Ia berlangsung serentak dengan sambutan Kemerdekaan Ke-60 negara dan MASOC berusaha memberikan pengalaman terbaik bagi semua peminat sukan.

- Advertisement -