100PLUS meraikan penyertaan semula sebagai Rakan Rasmi Standard Chartered KL Marathon 2019 (SCKLM) dengan menawarkan 100 penyertaan percuma untuk orang ramai untuk menyertai acara maraton terbesar negara pada 29 September depan.

Selepas penyertaan bagi acara itu menerusi saluran rasmi termasuk menerusi cabutan nama baru-baru ini telah habis dipenuhi, 100PLUS tampil menyediakan peluang buat para peserta untuk beraksi menerusi peraduan SCKLM 100PLUS.

Peraduan itu akan berlansung secara rasmi menerusi laman Facebook 100PLUS (https://www.facebook.com/my100plus/) mulai Isnin, 4 Mac dan berakhir pada 18 Mac ini.

Para peserta perlu merakam foto, pautkan dan kongsikan dengan seorang rakan sebelum menghantar penyertaan mereka. Di akhir peraduan, 50 pemenang bertuah masing-masing akan memenangi dua penyertaan dalam SCKLM. Butiran lanjut mengenai cara penyertaan, terma dan syarat boleh didapati pada laman Facebook 100PLUS.

“Semua yang terbabit dalam KL Marathon tahun ini pasti teruja dengan kehadiran semula 100PLUS untuk menghidrasikan mereka kali ini. 100PLUS akan menyediakan stesen-stesen minuman sepajang laluan untuk manfaat dan kemudahan 38,000 pelari pada acara itu nanti,” kata Graham Lim, Pengarah Pemasaran F&N Beverages Marketing Sdn Bhd hari ini.

“Pada SCKLM kali ini, para peserta dan orang awam akan dapat merasai minuman 100PLUS Active, produk minuman yang dirumus khas untuk menghilangkan dahaga dengan menyediakan tenaga secukupnya selepas kehilangan bendalir tubuh menerusi peluh semasa dan selepas aktiviti sukan. Minuman isotonik bukan berkarbonat ini menghidrasi, mengganti dan mengembalikan semula tenaga dengan kandungan tambahan Vitamin B3, B6 and B12, kata beliau.

100PLUS, minuman isotonik No.1 di Malaysia, baru-baru ini memperbaharui kerjasama dengan SCKLM menerusi perjanjian empat tahun dengan penganjur acara. Kali terakhir 100PLUS menaja SCKLM ialah pada tahun 2016.

Sebagai tambahan kepada stesen-stesen minuman yang disediakan, 100PLUS menyenaraikan beberapa aktiviti menarik bagi mewujudkan pengalaman unik untuk setiap orang pada acara tersebut. Antara lain termasuk pasukan-pasukan sorak yang akan ditempatkan di lokasi strategik di sepanjang laluan bagi menyemarak semangat pelari untuk memberikan yang terbaik. Ruang dan pondok pengaktifan disediakan di garisan penamat untuk kemudahan para peserta dan peminat.

Usahasama dengan SCKLM menyaksikan 100PLUS kekal dengan kedudukan sebagai penyokong kuat acara acara sukan terbesar di negara ini termasuk Piala AFF Suzuki baru-baru ini, Liga Bolasepak Malaysia dan acara Badminton Terbuka Malaysia.

Pada masa ini, 100PLUS menyokong Persatuan Bolasepak Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN). Kebanyakan atlet yang terbabit dengan badan-badan sukan berkenaan telah mendapat manfaat menerusi minuman 100PLUS semasa latihan dan pertandingan.

100PLUS merupakan penyokong kuat beberapa atlet terulung negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Goh Jin Wei Khairul Jantan yang merupakan Duta Jenama 100PLUS.

- Advertisement -