Saingan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2021 yang akan membuka tirai pada 26 November 2021 hingga 2 Januari 2022 akan menampilkan 25 pasukan yang telah mengesahkan penyertaan mereka.

Pengesahan mengenai jumlah pasukan yang mengambil bahagian telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Dato’ Sri Dr. Anil Jeet Singh dalam satu sidang media yang berlangsung hari ini.

Kejohanan tersebut juga akan dilangsungkan dalam dua divisyen iaitu sebanyak lapan pasukan akan berada dalam divisyen satu sementara 17 lagi pasukan akan bersaing dalam divisyen dua.

Pecahan jumlah pasukan yang akan beraksi pada Divisyen Satu serta Divisyen Dua telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan KHM dalam satu mesyuarat yang telah diadakan.

Jelas Dato’ Sri Dr. Anil Jeet Singh, jawatankuasanya juga telah melantik En. Vinod Anand daripada Kuala Lumpur sebagai Pengarah Kejohanan yang akan dibantu oleh dua Penolong Pengarah Kejohanan.

Sementara itu Kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2021 yang akan berlangsung pada 10 November hingga 20 November 2021 hanya akan diketahui jumlah penyertaan negeri yang akan mengambil bahagian selepas 11 Oktober 2021 yang merupakan tarikh tutup bagi negeri-negeri untuk mengesahkan penyertaan mereka.

Tambah Dato’ Sri Dr. Anil Jeet Singh, bagi memberikan penghormatan kepada pegawai-pegawai wanita yang terlibat dalam sukan hoki, buat kali pertama, KHM menyerahkan tugas selaku Pengarah Kejohanan bagi Piala Tun Abdul Razak 2021 kepada pegawai wanita, iaitu Puan Anant Kaur daripada Selangor yang akan turut dibantu oleh dua Penolong Pengarah Kejohanan.

Berikut merupakan senarai 25 pasukan yang akan bersaing pada TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2021:

NO PASUKAN
1 MBPJ TIGERS
2 BJSS THUNDERBOLTS
3 SMKDBL-UNIKL-PHJ-MSNJ
4 SSTMI JUNIORS
5 SSTMI THUNDERBOLTS
6 AHP-SSP-MSP THUNDERBOLTS
7 SSMS RESILIENT
8 ANDERSON THUNDERBOLTS
9 MSN-PERLIS JR
10 MSNS/ PHS
11 KEDAH EAGLE JR
12 SMK TUNKU BESAR TAMPIN (TBSS)
13 MBPJ BLACK WIDOW
14 KELAB HOKI HOCKEYLAH
15 DBKL HT
16 PHNS/MSSNS-B16
17 SSN PERAK/ MSSPK
18 M.LIONS HC – MUTIARA IMPIAN
19 MSSPP – PSHA
20 ANDERSON JUNIORS
21 FRANCISAN HOCKEY CLUB
22 SARAWAKIAN JUNIOR TEAM
23 PPHT THUNDERBOLTS
24 NURINSAFI SPORTING
25 PHK-MSN KELANTAN

- Advertisement -