Kejohanan Ragbi Wanita 10s PITKM Cawangan Sabah - KRM 2016

Buat julung-julung kalinya kejohanan ragbi wanita 10 sebelah terbesar yang dinamakan Kejohanan Ragbi Wanita 10s PITKM Cawangan Sabah – KRM 2016 sebagai kini telah berlansung di Padang C, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

Kejohanan ini yang dianjurkan bersama di antara Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Cawangan Sabah bersama Kesatuan Ragbi Sabah yang melibatkan 13 pasukan ragbi wanita seluruh negara di mana sebahagian besar adalah pasukan dari negeri Sabah.

2 pasukan dari semenanjung iaitu pasukan COBRA Venom & Front Row Club Hotties yang dibarisi oleh sebahagian pemain wanita berpengalaman dijangka akan diberi tentang hebat oleh pasukan ragbi wanita lain yang giat melakukan persedian sebelum ini menerusi program pembangunan secara agresif yang telah dianjurkan.

Kejohanan sebegini sememangnya memberi peluang kepada pasukan-pasukan wanita tempatan yang lain untuk beraksi kerana penganjuran sebegini amat jarang dilakukan. Selain itu ianya juga secara tidak lansung memberi peluang kepada pemain-pemain baru yang berbakat untuk diserap ke skuad kebangsaan dan sekaligus memberi kelebihan kepada badan induk untuk mempunyai pilhan yang terbaik untuk program masa depan.

Kesatuan Ragbi Malaysia sebagai badan induk yang turut memberi hak penganjuran juga menjadikan acara ini sebagai pentas untuk memilih para pemain bagi membentuk pasukan untuk Kejohanan 7 sebelah Asia Tenggara yang akan berlansung di Singapura pada 15-17 April ini. Selain itu juga kejohanan ini turut menjadi salah satu pogram jangka panjang oleh Kesatuan Ragbi Malaysia untuk persediaan ke temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlansung di negara ini.

Presiden PITKM, YBhg Datuk Hajah Melati Binti Ali di dalam ucapannya turut menzahirkan tahniah kepada PITKM Cawangan Sabah yang menganjurkan acara ini sebagai salah satu platform terbaik untuk membantu wanita di negara ini dari terlibat dengan akviti masalah sosial selain membentuk nilai-nilai murni dalam pembangunan & kepimpinan. PITKMK yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) akan meneruskan kerjasama pembangunan sukan ragbi wanita ini selama 4 tahun bersama Kesatuan Ragbi Malaysia bermula tahun ini.

Senarai pasukan Kejohanan Ragbi Wanita 10s PITKM Cawangan Sabah - KRM 2016

- Advertisement -