KhairulAnuarMohamad
Khairul Anuar Mohamad

Rekod dalam sukan memanah berjaya diperbaharui walaupun Sukan Olimpik belum bermula secara rasmi.

Kim Woo Jin dari Korea Selatan memperbaharui rekod dalam acara recurve individu lelaki, mengumpul 700 mata dengan 72 panahan, mengatasi rekod yang dilakukan rakan senegara ketika Olimpik 2012, Im Dong Hyun yang mengumpul 699 mata.   

Korea Selatan merupakan kuasa utama dalam sukan memanah, malah mereka meraih tiga daripada empat pingat emas dan turut meraih satu pingat gangsa ketika di Sukan Olimpik London pada 2012.

Malah, kontinjen Korea Selatan meletakkan sasaran untuk membolot kesemua pingat emas dalam acara memanah di Rio bagi temasya Olimpik 2016.

Di pusingan penentuan ranking, ditangga kedua adalah pemanah dari Amerika Syarikat, Brady Ellison yang mengumpul 690 mata.

Manakala tempat ketiga milik pemanah kelahiran Itali, David Pasqualucci yang mengumpul 685 mata.

Nasib tidak menyebelahi Malaysia apabila Khairul Anuar Mohamad menduduki tempat ke 22 dengan 665 mata, manakala dua lagi pemanah, Haziq Kamaruddin mengumpul 645 mata menduduki tempat ke 50 sementara Muhd Akmal Nor Hasrin di tangga ke 55 dengan catatan 635 mata.

- Advertisement -