Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada hanya mahukan kemenangan ke atas Hong Kong dalam aksi kedua Kelayakan Piala Asia 2019 malam esok di Stadium hang Jebat, Melaka.

Hanya tiga mata yang menjadi sasaran skuad Harimau Malaya untuk mencerahkan peluang ke Piala Asia 2019.

Meskipun dilihat sukar, Vingada tetap merasa yakin anak didiknya mampu melakukan sesuatu berdasarkan prestasi semasa pasukannya yang semakin baik jika dibandingkan pada permulaan pemain menyertai kem latihan pusat di Melaka Ā pada 14 ogos lalu.

Beliau bersama barisan kejurulatihan juga, sudah ke Singapura baru-baru ini bagi melihat perlawanan hong kong menentang singapura yang dianggap penting bagi menilai kemampuan pihak lawan sebelum turun beraksi malam esok.

Saya percaya pasukan ini lebih baik dari sebelumnya dan sasaran kami pastinya mahu menang dan mempamer aksi yng terbaik.

Apa yang penting adalah mendapatkan tiga mata untuk mencari peluang untuk melayakkan diri dan itulah yang perlu kami lakukan,ā€kata Vingada.

Tambahnya lagi, beliau mahu pemain pemain yang diturunkan lebih fokus dan bersifat realistik ketika berada di atas padang untuk mengelakkan insiden bolos di minit akhir seperti yang berlaku dalam perlawanan persahabatan bertemu Syria dan Myanmar sebelum ini.

Pengendali kelahiran Portugal itu turut menyeru ā€˜pemain ke 12ā€™ iaitu penyokong setia Harimau Malaya untuk bersama-sama turun ke stadium Selasa ini bagi memberikan sokongan kepada skuad negara.

ā€œSaya mengharapkan ramai penyokong datang dan memberi sokongan kepada kami dan Ultras Malaysia mesti datang untuk menarik ramai penyokong dan itu juga amat penting,ā€katanya lagi.

 

 

- Advertisement -