Sukan permotoran turut mendapatr perkhabaran gembira apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan penganjuran perlumbaan permotoran bermula 15 Julai depan.

Perlumbaan boleh diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan lita litar tempatan yang lain namun penganjuran pertandingan adalah tanpa kehadiran penonton.

Pengumuman ini jelas memberi perkhabaran gembira buat penganjur kejohanan sukan permotoran Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas, Safe Aim Mutual Sdn Bhd. 

Menerusi kenyataan media hari ini, Safe Aim Mutual mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan Malaysia serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diatas kebenaran untuk memulakan semula aktiviti sukan permotoran.

 

“Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS bersedia untuk menjalankan aktiviti sukan permotoran mengikuti norma baru.

“Penggunaan teknologi digital akan dimaksimumkan untuk memastikan penjarakkan sosial tetap dipatuhi,”kata Safe Aim Mutual Sdn Bhd

Sukan sukan lain yang terlibat seperti badminton, catur dan pertandingan / kejohanan hanya melibatkan di dalam Malaysia sahaja kerana sehingga kini, kerajaan sehingga kini masih lagi tidak membenarkan kemasukan pelancong atau warga asing ke dalam Malaysia.

Mereka juga berterima kasih dab menghargai usaha pihak Motorsports Association
of Malaysia (MAM) serta Sepang International Circuit (SIC) di atas kerjasama yang telah diberikan dalam menyempurnakan Prosedur Operasi Standard (SOP) norma baru.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada petuga barisan hadapan (frontliners) yang telah berjasa dan berkorban untuk menangani wabak Covid 19.

Kalendar baru musim 2020 akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.

 

 

- Advertisement -