Kalendar baru Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS membawakan lapan pusingan yang hanya akan dianjurkan di litar tetap.

Sehubungan itu, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini kini mula mengatur strategi bersama pelumba-pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing untuk mencari manfaat sepenuhnya dari situasi ini.

ā€œSemua perlumbaan musim ini akan dipertandingkan di litar tetap seperti Sepang, Tangkak dan Kuala Terengganu.

“Ini untuk mentaati SOP baru di mana penonton masih belum dibenarkan di acara-acara sukan.

“Penganjuran perlumbaan di litar-litar tetap adalah satu-satunya kaedah yang terbaik untuk menepati syarat tersebut,ā€ jelas Yuzy.

ā€œSelepas jadual perlumbaan baharu diumumkan Isnin lepas, ramai juga peminat yang mula bertanya-tanya apakah jadual baru ini membawakan kelebihan kepada pasukan dan pelumba Honda.

“Tidak dinafikan, terutamanya dalam kategori perdana CP150, ciri-ciri jentera Honda RS150 sememangnya mempunyai kelebihan di litar-litar yang lebar dan panjang.

“Namun demikian, pelumba-pelumba kami harus menggunakan pendekatan strategik dalam perlumbaan nanti.ā€

- Advertisement -